Keirana Medispa tawar rawatan konsep medikal dan klinikal, lebih selamatkan kulit dari dalam
PETALING JAYA – Keirana Medispa menggunakan produk klinikal sebagai bahan utama dalam rawatan kulit wajah, rambut dan badan.
Pengasas Kireina Medispa, Azizah Salleh berkata, spa ini terdahulu yang dikenali sebagai MAD Wellness, kini telah dijenamakan semula sebagai Kireina Medispa.
“Jika dulu di MAD Wellness rawatan menggunakan jarum, tetapi di Keirana Medispa saya menggunakan pendekatan ke arah ‘medikal’ dan ‘klinikal’ iaitu menggunakan produk yang mempunyai lesen KKM,” katanya
“Kami mementingkan kesihatan kulit dari dalam, rawatan kami bukan merawat dari luar sahaja, tetapi boleh merawat sehingga ke dalaman kulit.
“Antara rawatan muka adalah ‘Premium Peel Facial’, produk rawatan ini dari tumbuh-tumbuhan, dengan sekali rawatan sahaja, sudah dapat lihat perubahannya.
Rawatan ini juga tidak sakit, tiada pengelupasan kulit, tidak rasa pedih dan tiada kesan kulit terbakar, bersesuaian dengan moto kami iaitu ‘Sapu-Sapu Je, Cantik,” katanya.
Konsultan Kesihatan Aestetik, Dr Ainna Alias berkata Kireina Medispa juga menyediakan nasihat dan rundingan kulit secara percuma supaya rawatan yang diterima pelanggan lebih berkesan dan tepat.
“Kelebihan rawatan disini adalah ‘consultation’ secara percuma, supaya kita tahu apa punca dan masalah kulit pelanggan. Antara puncanya seperti salah memilih produk, penggunaan dan genetik,” katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya.
Tambah Dr Ainna, bahan-bahan rawatan di medispa ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, dijamin selamat dan halal.
“Selain dari rawatan wajah, Kireina Medispa juga ada menawarkan rawatan rambut dan badan.
Dalam pada itu Dr Ainna berkata Kireina Medispa bukan terhad kepada wanita sahaja tetapi pelanggan lelaki juga sangat dialu-alukan untuk membuat rawatan.
Dr Ainna berkata untuk permulaan, Kireina Medispa menawarkan harga promosi bagi rawatan kali pertama.
“Harga promosi bagi rawatan kali pertama Premium Peel Facial adalah RM199 berbanding harga asalnya RM399,” katanya.
“Sesiapa yang berminat untuk melakukan rawatan ini, disarankan untuk membuat tempahan dahulu menerusi aplikasi Whatsapp di 013-422-4328 atau 013-405-4328. – UTV