Kempen Kesihatan Petaling Jaya Bertujuan Meningkatkan Kesedaran Kesihatan dalam Kalangan Penduduk PJ
Petaling Jaya, 31 Oktober 2023 – Kempen Kesihatan Petaling Jaya, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Parlimen PJ, PJ Lestari, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iM Booster, akan menawarkan lebih daripada 15 saringan kesihatan menyeluruh dari kepala hingga ke hujung jari, secara percuma.
Kempen ini bertujuan untuk memberi penduduk Petaling Jaya peluang untuk menjalani saringan kesihatan secara percuma, dengan matlamat meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Kempen ini akan diadakan pada 4-5 November 2023, bertempat di PJ White Ballroom, dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Menjaga kesihatan kita adalah satu tindakan yang penting untuk memastikan kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Dengan menjalani saringan kesihatan yang menyeluruh, kita boleh mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal, yang boleh membantu mengurangkan risiko perkembangan penyakit kronik.
“Kami iM Booster sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pejabat Parlimen PJ dan PJ Lestari dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti Petaling Jaya. Kesihatan adalah harta yang paling berharga, dan kami berharap kempen ini akan memberi manfaat kepada ramai penduduk PJ serta Klang Valley,” kata Pengasas NGO iM Booster.
Di antara saringan kesihatan yang disediakan adalah pemeriksaan gula darah, ujian penglihatan, osteopatik, rawatan resdung dan banyak lagi. Semua saringan ini akan dilakukan oleh tenaga profesional kesihatan yang berkelayakan.
Kami mengalu-alukan semua penduduk Petaling Jaya untuk menyertai kami dalam Kempen Kesihatan Petaling Jaya pada 4-5 November 2023, di PJ White Ballroom. Dapatkan saringan kesihatan percuma dan pelajari langkah-langkah untuk menjaga kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kesihatan Petaling Jaya, sila hubungi whatapps +60169414928.
Mengenai Kempen Kesihatan Petaling Jaya
Kempen Kesihatan Petaling Jaya adalah satu usaha bersama antara Pejabat Parlimen PJ, PJ Lestari, dan NGO iM Booster untuk memberikan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada penduduk Petaling Jaya. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti dan mendorong penduduk PJ untuk menjaga kesihatan mereka dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.