KERAJAAN PERLU NILAI IMPAK KEPADA RAKYAT SEBELUM MENGUATKUASAKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK, DAN BUKAN SEBALIKNYA

  • February 4, 2025
  • 2 min read
KERAJAAN PERLU NILAI IMPAK KEPADA RAKYAT SEBELUM MENGUATKUASAKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK, DAN BUKAN SEBALIKNYA

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menyatakan rasa kecewa dengan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang jelas menunjukkan kegagalan dalam mengurus tadbir negara dan kegagalan memahami keresahan.

Pada 27 Disember 2024, beliau menafikan sebarang kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat. Namun, kenyataan terbaru, semalam Anwar mengesahkan bahawa kenaikan tarif elektrik akan berlaku pada separuh kedua tahun ini, walaupun bukan pada kadar 14 peratus seperti yang didakwa sebelum ini.

Tindakan ini menunjukkan ketidaktentuan dan ketidakcekapan dalam membuat keputusan yang konsisten, sekaligus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim gagal menunaikan kata-katanya kepada rakyat.

PMX sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan majoriti rakyat tetapi semalam Anwar ‘Spin’ lagi.

GERAKAN bimbang kenaikan tarif elektrik ini akan mencetuskan kesan berantai, di mana akhirnya perniagaan akan memindahkan kos tambahan kepada pengguna. Biarpun Tenaga Nasional Berhad telah mengaut keutungan bersih RM1.58 billion September tahun lepas.

Anwar kata kerajaan bersedia untuk mendengar pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik; persoalannya, bila dia nak dengar? Selepas kenaikan dikuatkuasakan atau sebelum berlakunya domino effect disebabkan kenaikan tersebut? Bukankah Kerajaan perlu faham bahawa rakyat terus dihimpit dengan pelbagai isu yang terutamanya disebabkan oleh ketidakcekapan pentadbiran Madani.

Dalam pada itu, GERAKAN menegaskan kerajaan perlu memastikan ia tidak meningkatkan kos kepada sektor-sektor yang sudah pun terkesan dengan kenaikan harga, yang akhirnya boleh menyebabkan lonjakan harga barangan. Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang telus, konsisten, dan berintegriti. Malangnya, Kerajaan Madani telah sekali-lagi membuktikan sebaliknya.

GERAKAN menyeru agar rakyat menilai semula kepimpinan yang ada dan menuntut perubahan yang lebih baik demi masa depan negara yang lebih cerah.

Ong Siang Liang
Ketua Biro
Perkhidmatan Awam & Aduan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *