Kongsi rezeki, MM Bistro tawar menu rahmah nasi kandar serendah RM 5.90
PUNCAK ALAM: MM BISTRO PENANG NASI KANDAR menawarkan menu rahmah berupa set nasi kandar ori pulau pinang untuk santapan rakyat Malaysia.
Menu ini sangat murah dan praktikal untuk set makan tengahari berlaukkan nasi, ayam, sayur dan air sirap.
Pemilik MM Bistro, Datuk Wan Noor Rizal berkata tercetus idea untuk menyokong saranan kerajaan dengan menawarkan menu rahmah bawah RM 6.00.
“Memandangkan lokasi restoran kami berdekatan dengan Universiti Teknologi Mara, jadi kami menyasarkan pelajar, dan golongan pendapatan pertengahan dan kebawah,” terangnya.
Selain itu, MM Bistro Nasi Kandar Penang menyajikan nasi dalca, roti canai dan teh tarik menggunakan serbuk the special yang dibawakan khas dari Penang.
Memang sangai berbaloi untuk dinikmati ketika makan tengahari atau malam! Jom rasai sendiri di MM BISTRO PENANG NASI KANDAR, PUNCAK ALAM.
Alamat: No 23, Jalan Hillpark 11/10, Bandar Hillpark, Puncak Alam, Selangor.
#MMbistro786 #MMbistroPuncakAlam #MenuRahmah #MMbistroMenuRahmah #MalaysiaMadani