KUNJUNGAN MENTERI SUMBER MANUSIA KE PERKESO NEGERI PERAK
IPOH: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar hari ini mengadakan kunjungan
hormat buat julung kalinya ke Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Negeri Perak.
Program ini yang turut berlangsung bersekali dengan mini Tenmu Duga Kerjaya,
pembukaan kaunter pameran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Skim
Pekerjaan Sendiri bertujuan merancakkan pasaran kerja dan memperluas jaringan
liputan keselamatan sosial kepada rakyat.
V. Sivakumar menerusi ucapannya berkata, rangkaian usaha ini diyakini berupaya
merungkai isu ketidakpadanan kerja, sekali gus menjadikan pertumbuhan pasaran
buruh lebih saksama kepada segenap golongan.
“Usaha murni PERKESO yang bukan sekadar menyediakan jaringan perlindungan,
malah melebarkan liputan kepada isu peluang pekerjaan, pencegahan bencana kerja, penjagaan kesihatan dan lain-lain wajar diberikan pujian.
“Tahniah! Saya berharap tekad murni sebagai pengamal keselamatan sosial yang
proaktif dan merangkumi pelbagai dimensi perkhidmatan terus disemat rapi dalam
hati anggota PERKESO.
“Biar pun aturan kerja kita bagai lilin yang membakar dirinya, demi untuk menerangi orang sekeliling, sedarlah bahawa itu tanggungjawab yang tergalas di bahu masing-
masing,” ujarnya.
Pada majlis sama, Menteri Sumber Manusia turut menyampaikan faedah kepada 15
penerima, merangkumi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP); faedah PERKESO meliputi
Hilang Upaya Kekal, Faedah Pengurusan Mayat dan llat; serta bantuan alatan
pemulihan, masing-masing lima orang.
Antara alatan pemulihan yang diberikan ialah kerusi roda, kerusi roda boleh laras,
walking frame, lampin dewasa dan susu.