Lantikan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU)

  • January 29, 2024
  • 2 min read
Lantikan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU)

DR AFIF BAHARDIN
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang telah melantik dan mengamanahkan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar membimbing dan mengurniakan hikmahNya kepadanya di dalam menggalas tanggungjawab besar
bagi memperkukuh dan memajukan parti pada masa mendatang.

Selain terus memperkukuh halatuju dan asas perjuangan parti, peranan yang telah
diberikan kepada saya ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi saya terus
menjuarai isu rakyat terutamanya di dalam agenda membela kebajikan rakyat dan
membangun polisi keterjaminan masa depan (future-proof) buat orang muda di
Malaysia. BERSATU di dalam kerangka Perikatan Nasional akan terus menjadi
parti ulung bagi mewakili dan membela masyarakat Bumiputera dan keseluruhan
rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan agama.
Dengan kesatuan pimpinan dan ahli BERSATU, saya dan rakan-rakan akan
menggerakkan satu inisiatif bagi mendekati golongan muda terutamanya di
kalangan professional muda dan mahasiswa bagi memperjelaskan prinsip
perjuangan parti dan memperkenalkan tokoh-tokoh pimpinan muda di dalam
BERSATU kepada masyarakat. Inisiatif ini bermatlamat bagi mengalakkan lebih
banyak penyertaan di kalangan professional muda dan mahasiswa di dalam wadah
perjuangan murni parti BERSATU.

Dalam pada itu, saya menyelar kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Labuan,
Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman yang mencabar parti untuk memecat beliau. Kami
di BERSATU mencabar beliau untuk segera menggosongkan kerusi Parlimen
Labuan kerana hakikatnya BERSATU mempunyai ramai lagi tokoh yang mampu
untuk mewakili dan menjaga kebajikan rakyat Labuan walaupun terpaksa
berdepan dengan pelbagai bentuk tekanan dan intimidasi daripada pentadbiran
PMX dan Kerajaan Campuran PH-BN.
Kami akan menggerakkan apa saja cara dan kaedah di dalam lingkup
perundangan dan politik bagi memastikan kerusi Parlimen Labuan dan parlimen
lain seperti Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Gua Musang, Tanah Merah dan Tanjung
Karang dapat dikosongkan seperti yang dimaktub di dalam Akta Anti Lompat Parti
bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil di dalam tempoh terdekat ini.
 

DR AFIF BAHARDIN
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *