PERKESO PERUNTUK RM4 JUTA LANCAR INISIATIF PENCEGAHAN KEMALANGAN ALERT: 37 NGO DAN INSTITUSI TERIMA GERAN PERKASA PROGRAM ADVOKASI, TINGKAT KESEDARAN KKP
PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperuntukkan agihan geran bernilai RM4 juta kepada 37 pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan institusi lain sebagai langkah progresif
menangani insiden bencana kerja.
“Data interim PERKESO bagi tahun 2023 merekodkan 82,876 kes kemalangan telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44,422 kes adalah kemalangan industri atau kemalangan di tempat
kerja manakala 38,454 kes adalah kemalangan perjalanan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Sri’ Abdul Rahman Mohammad,
memaklumkan peruntukan geran tahunan sejak 2001 ini bertujuan memperkasa kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dan mengurangkan kadar kemalangan, seterusnya meningkatkan
kesejahteraan golongan pekerja termasuk mereka yang bekerja sendiri serta suri rumah.
“ Sepanjang tempoh yang sama, sebanyak 1,060 kes kemalangan maut
dilaporkan di mana punca kemalangan industri menyumbang kepada
310 kematian, manakala kemalangan perjalanan telah menyebabkan
750 pekerja maut, atau boleh jika dilihat dari segi purata untuk sepanjang
2023, sebanyak 2 kes kematian direkodkan setiap hari membabitkan
pekerja yang dalam perjalanan ke tempat kerja,” katanya pada ucaptama
Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan PERKESO kepada Institusi
dan NGO Tahun 2024, hari ini.
Turut berlangsung pada majlis sama adalah Pelancaran Garis Panduan
Pengurusan Hilang Upaya di Tempat Kerja Kepada Majikan yang menjadi
sebahagian daripada program Return To Work (RTW), demi membantu
pelaksanaan latihan dalam organisasi kepada pekerja yang terbencana
untuk kembali bekerja.
Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’
Sri. Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Untuk rekod, seramai 66,441 Orang Berinsurans yang mengalami hilang
upaya akibat kemalangan dan penyakit kembali bekerja sejak RTW
diperkenalkan pada 2007.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata sebanyak 423 aktiviti meliputi
latihan kompetensi, seminar dan promosi media akan dilaksanakan oleh
22 NGO serta institusi dengan pecahan peruntukan kewangan hampir
RM3 juta, rentetan perangkaan kemalangan yang dicatatkan.
“Manakala 21 program latihan intensif kepada pekerja akan dijalankan
oleh 15 NGO dan institusi, dengan implikasi kewangan dianggarkan
bernilai lebih RM1 juta,” katanya.