MAJLIS PELANCARAN UMRAH I’TIKAF RAMADAN BERSAMA DATO’ NASH

23 Nov, Kuala Lumpur – Hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan bersama Dato’ Nash yang julung kalinya dianjurkan oleh AsShams Travel & Tours Sdn. Bhd. (AsShams).
Majlis ini diserikan dengan kehadiran figura-figura yang terdiri daripada agamawan dan selebriti yang turut sama terlibat dalam menjayakan program Umrah I’tikaf Ramadan pada tahun ini.


Di antaranya adalah Maulana Wan Helmi, Maulana Abdul Ghani, Maulana Dr. PU Taha, Haji ljam (Medicine) dan Saharul Ridzwan disamping para tetamu VIP AsShams yang lain.
“Objektif pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan ini adalah bagi memperkenalkan pilihan pakej Umrah Ramadan dan tawaran menarik yang disediakan oleh AsShams disamping memperkenalkan kepada umum figura-figura terkenal yang akan bekerjasama dengan AsShams”.
Program Umrah I’tikaf Ramadan pada kali ini dengan matlamat ingin mendekatkan lagi Masyarakat kepada agama melalui program Umrah, mengajak Masyarakat untuk cintakan junjungan besar Rasulullah SAW dengan menziarahi baginda dan rindukan Tanah Suci; melalui agamawan dan selebriti-selebriti yang berpengaruh.


Maka pemilihan Dato’ Nash sebagai Duta AsShams adalah satu pilihan yang sangat tepat di mana, personaliti Dato’ Nash seorang legenda muzik tanahair yang sangat terkenal dapat berkongsikan peluang ini kepada peminatnya yang terdiri dari semua golongan masyarakat dan lapisan umur.
Dato’ Nash yang kini lebih banyak melibatkan diri dalam program-program dakwah dan kebajikan sosial, melihat usahasama dan program ini sebagai satu lagi platform yang baik bagi beliau untuk meluaskan lagi dakwah dan perkongsian pengalaman beliau kepada Masyarakat.

Disamping itu juga, pemilihan figura-figura lain juga sangat bertepatan dengan kapasiti masing-masing sebagai individu berpengaruh di dalam Masyarakat dapat merancakkan lagi program Umrah I’tikaf Ramadan pada kali ini. Maulana Wan Helmi, adalah seorang murabbi dan Pengasas Madrasah An Nabawiyah serta seorang pendakwah bebas yang sangat aktif menjalankan dakwah dikalangan
golongan artis, Masyarakat luar bandar, gangster dan sebagainya.
Beliau juga banyak terlibat dengan
pelbagai aktiviti kebajikan sosial dan dakwah di dalam dan di luar negara; Maulana Abdul Ghani pula adalah Penasihat Syariah AsShams dan juga seorang pendakwah bebas yang sangat terkenal di Utara Semenanjung Malaysia.

Beliau juga banyak terlibat dalam usaha dakwah di dalam dan luar negara; Maulana Dr. PU Taha, seorang pendakwah selebriti yang sangat dikenali menerusi beberapa program TV terutamanya Pencetus Ummah, juga seorang usahawan yang berjaya di dalam rangkaian sekolah pendidikan awal; Haji Ijam bekas penyanyi kumpulan rock era 90an yang sangat popular dengan lagu ‘Tika dan Saat Ini’ bersama Kumpulan Medicine, kini seorang pendakwah bebas dan instructor selam yang professional; serta Saharul Ridzwan, seorang pelakon drama popular yang kini menjadi usahawan produk kesihatan dan memiliki jutaan pengikut di media sosial.
Pada tahun 1445 Hijrah ini, AsShams telah mensasarkan untuk menerbangkan lebih daripada 3,000 jemaah. Program Umrah I’tikaf Ramadan ini adalah salah satu daripada pelbagai program yang telah dilancarkan oleh AsShams sepanjang tahun ini dengan mensasarkan seramai lebih 1,500 jemaah
untuk menunaikan Umrah bersama AsShams pada bulan Ramadan tahun ini.
Bagi memastikan matlamat ini tercapai, AsShams telah menjalinkan usahasama dengan figura-figura terkenal ini di dalam beberapa pakej.
Program Umrah I’tikaf Ramadan ini terdiri daripada 7 pakej yang menarik:
1.Umrah I’tikaf Sambut Ramadan bersama Maulana Dr. PU Taha dan Saharul Ridzwan, bermula daripada 4 hingga 14 Mac 2024 selama 12 hari 10 malam;
- Umrah I’tikaf Awal Ramadan bersama Maulana Abdul Ghani; bermula daripada 10 hingga 20 Mac 2024 selama 12 hari 10 malam;
3.Umrah I’tikaf Akhir Ramadan bersama Maulana Wan Helmi; bermula daripada 29 Mac hingga 11 April 2024 selama 15 hari 13 malam;
- Umrah I’tikaf Ramadan 22 hari; bermula daripada 10 hingga 30 Mac 2024 selama 22 hari 20 malam;
- Umrah I’tikaf Ramadan 34 hari bersama Haji ljam (Medicine); bermula daripada 10 Mac hingga 11 April 2024 selama 34 hari 32 malam;
6.Umrah I’tikaf Ramadan 40 hari bersama Dato’ Haji Nash; bermula daripada 4 Mac hingga 11April 2024 selama 40 hari 38 malam; dan Umrah Syawal; bermula daripada 11 hingga 21 April 2024 selama 12 hari 10 malam.
Antara yang menarik tentang pakej ini adalah:
- Harga pakej yang sangat menarik, kompetitif dan sangat mampu milik;
- Hotel penginapan yang dekat di Mekah dan Madinah sekitar 50 hingga 580 meter dari masjid;
3.Diskaun RM400 untuk 10 pendaftaran terawal dengan deposit RM3000, serta berpeluang menaiki High Speed Train sehala bernilai RM350 secara percuma bagi pendaftaran sebelum 30 November 2023; - Program-program kerohanian dan ziarah yang telah disusun khusus sebagai pengisian oleh maulana-maulana dan pembimbing Umrah AsShams yang sangat berpengalaman dan alim;
- Penggunaan Visa Umrah dimana terdapat pelbagai kelebihan termasuk pelindungan kesihatan dan Nusuk untuk memasuki Raudhah serta mendapat air zam zam secara percuma;
- Jemaah juga berpeluang untuk bersama dengan figura-figura dari pakej-pakej yang berlainan yang akan terbang bersama dalam satu penerbangan.
Sebagai pengenalan, AsShams adalah sebuah agensi pengurusan Umrah dan Haji berstatus Bumiputra yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) dan telah beroperasi sejak tahun 2009 di Ampang, Selangor.
AsShams yang kini telah memiliki bangunan wisma sendiri di Jalan Excella 2, Taman Excella Ampang, adalah sebuah agensi yang terdiri daripada tenaga muda yang sangat mahir, aktif, responsif dan sangat mesra jemaah.
AsShams juga dibarisi oleh 10 orang pembimbing Umrah yang bertauliah, arif, alim, berpengalaman dan prihatin.
Setakat hari ini, AsShams telah menerbangkan Jemaah Umrah dengan rekod 100% berjaya terbang termasuk menguruskan beberapa Jemaah VIP, Matlamat dan misi AsShams adalah untuk menjadi agensi yang menyediakan perkhidmatan pelancongan ‘Mampu Terbang’ kepada semua golongan masyarakat menjelang tahun 2025.
Bagi memastikan program ini dijalankan dengan jaya, AsShams kini meluaskan lagi jaringan jualannya melalui di media sosial di platform Facebook (https://www.facebook.com/asshamstravel), Instagram (https://www.instagram.com/as shamstravel/), Tiktok (tiktok.com/@asshamstravelhq),
website rasmi kami (www.asshams.com), dan melalui wakil-wakil jualan dan ejen Perunding Umrah dan Haji yang sah di seluruh Malaysia seramai hampir 30 orang.
Diharapkan dengan pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan bersama Dato’ Nash dan figura-figurae terkenal tanahair ini, dapat merancakkan kembali industri Umrah serta memberi lebih banyak pengertian kepada Masyarakat terutamanya tentang ibadah Umrah dan fadhilatnya berumrah di dalam bulan Ramadan di mana dilipat gandakan ganjarannya.