Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS
Lokasi Dewan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, 5 Disember 2024
Baru- baru ini berlangsung satu majlis sumbangan bantuan awal IPTA & IPTS dari Yayasan Wilayah Persekutuan dan kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi bulan disember tahun 2024 ini.
Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Wilayah Persekutuan dengan sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Matlamat utama skim ini adalah untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, agar mereka dapat melanjutkan pengajian tanpa dibebani masalah kewangan yang mendesak.
1] YBHG. DR. BASIR BIN V. KUNHIMOHAMED – Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Yayasan Wilayah Persekutuan.
[2] YBRS. ENCIK AHMAD IBNU SINA BIN TERMIZI – Timbalan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).
[3] YBHG. TUAN MOHD MUSTAFA BIN GHAZANFAR – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Wilayah Persekutuan.
[4] YBHG. PN. ROHANI BINTI HUSSIN – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Wilayah Persekutuan.
Seramai 250 pelajar telah dipilih sebagai penerima manfaat daripada skim ini, dengan jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM175,000. Setiap pelajar menerima sumbangan sebanyak RM700 secara one-off, yang diharapkan dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan awal seperti pembelian buku, pendaftaran dan keperluan lain sebelum memulakan sesi pengajian.
YBhg. DR. Abdul Basir B. V.Kunhimohamed Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
Yayasan Wilayah Persekutuan berkata sebelum ini YWP bersama kakitangan maybank telah memberikan sumbangan Bantuan Awal IPT kepada 27 pelajar dari Wilayah Persekutuan Labuan. “kita tidak hanya membantu meringankan beban keluarga pelajar tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing”.
Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah nasib seseorang, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, usaha seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan agar lebih ramai golongan muda yang berbakat dapat merealisasikan potensi mereka.
Yayasan Wilayah Persekutuan sentiasa komited untuk menyokong pelbagai inisiatif pembangunan sosial, Pendidikan dan kebajikan yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Kami percaya bahawa kejayaan program ini adalah hasil kerjasama erat antara pihak yayasan, DBKL, para pemimpin Masyarakat dan anda semua yang hadir di sini hari ini.
Buat para penerima sumbangan yang diraikan, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Gunakanlah bantuan ini sebaik-baiknya untuk melengkapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Anda semua adalah harapan keluarga,masyarakat dan negara. Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Laman Rasmi: https://www.yayasanwp.org
Facebook : Yayasan Wilayah Persekutuan
Instagram : @yayasanwilayahpersekutuan