Malabar Gold & Diamond lancar kempen tema “Abadikan Semangat Kemerdekaan 67 Tahun”

  • August 23, 2024
  • 2 min read
Malabar Gold & Diamond lancar kempen tema “Abadikan Semangat Kemerdekaan 67 Tahun”

Berita gembira buat penggemar barang kemas di Malaysia , sempena bulan kemerdekaan ke 67 tahun. Malabar Gold & Diamond, peruncit barang kemas ke-6 terbesar dunia dengan melebihi 350 cawangan pameran di 13 negara, telah melancarkan kempen kemerdekaan yang ke-9 bertemakan “Abadikan Semangat Kemerdekaan 67 Tahun“, kelmarin di Masjid India.

Sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia jenama ini, Malabar Gold & Diamonds turut berbangga bersama meraikan Hari Kebangsaan rakyat Malaysia yang ke-9 dengan memberi tawaran istimewa kepada pelanggan setia pada setiap bulan kemerdekaan ini.

Demi mengabdikan semangat kemerdekaan pada tahun ini , pelanggan dijemput hadir berpakaian tradisional Malaysia dan bersama dijemput untuk berkongsi erti kemedekaan. Berkata seorang peguam , Puan Sarah ; Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana negara kita sangat aman dan makmur , pelanggan bebas berhias diri ke majlis seperti ini , beli-belah bersama rakan, gembira nikmati juadah, dan menjamu mata. Malah perniagaan mampu dilaksankan dengan sempurna. Tidak seperti sesetengah negara yang dilanda bencana , peperangan dan hanya diselimuti ketakutan dan kesedihan .”

“Kemerdekaan adalah satu saat dimana seorang individu mampu hidup tanpa kongkongan dan berpeluang membuat pilihan. Ini harus dihargai dan dipupuk kepada generasi baru yang mungkin tidak kenal erti kemerdekaan “, kata Puan Rafeah .

Tawaran eksklusif sempena kemerdekaan buat peminat barang kemas dan yang menjadikan emas sebagai aset pelaburan , Malabar Gold & Diamond menawarkan penukaran barang emas lama kepada baru dengan harga emas 100% tanpa susut nilai.

Tawaran istimewa ini berlangsung sehingga 1 September di semua cawangan pameran Malabar Gold & Diamond di Malaysia. Anda juga berpeluang menukar barang emas 916 lama yang dibeli dari mana-mana tempat untuk mendapatkan rekaan terkini tanpa sebarang potongan .

Voucher tunai percuma turut diberikan bagi setiap pembelian barang kemas berlian dan batu permata berharga.

Membeli belah di Malabar Gold & Diamond dalam tempoh tawaran ini akan diberi voucher tunai percuma bernilai rm200 dengan pembelian barang kemas berlian dan batu permata yang berharga rm6000. Voucher tunai percuma rm100 juga diberikan buat pembelian barang kemas berlian dan batu permata yang berharga rm3500. Voucher tunai ini boleh digunakan untuk membeli barang kemas emas dan berlian , syiling emas atau bahkan jongkong emas pada pembelian yang seterusnya .

Rekaan istimewa juga disajikan dengan koleksi istimewa Merdeka dari koleksi berlian NUWA yang di inspirasikan alam semula jadi . Bersama koleksi emas 916 yang diinspirasikan dari bunga kebangsaan Malaysia , bunga raya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *