MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU MELALUI HACGAMKE

  • September 6, 2024
  • 3 min read
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU MELALUI HACGAMKE

20INCHEON, 6 Sept– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telahmengambil bahagian dalam Mesyuarat Peringkat Tertinggi Ketua-Ketua AgensiPengawal Pantai (Coast Guard) Asia (HACGAM) ke-20 di Incheon, Korea Selatan pada3 hingga 5 September 2024. Bertemakan “Gardening Our Seas, Securing Our Tomorrow”.

Persidangan yangdianjurkan oleh Korea Coast Guard ini telah dihadiri oleh 20 buah negara termasukIndonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Jepun, China, India, Pakistan, Bangladesh, Australia dan Turkiye. Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk SaifulLizan bin Ibrahim berkata, penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usahaberterusan Maritim Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam menanganiisu-isu keselamatan maritim yang semakin kompleks di rantau Asia.

Beliau turut menjelaskan, kepentingan kerjasama serantau dalam menangani ancamanjenayah maritim rentas sempadan yang semakin canggih perlu melalui kerjasama eratdan perkongsian maklumat yang efektif negara-negara di rantau ini agar keselamatanmaritim sentiasa terpelihara. Beliau berkata demikian selepas hadir ke Mesyuarat Peringkat Tertinggi HACGAM ke- 20 di sini hari ini. Datuk Saiful turut memaklumkan, antara isu utama yang dibincangkan pada mesyuaratberkenaan adalah usaha membanteras jenayah maritim seperti pencerobohan botnelayan asing di bawah lllegal Unreported and Unregulated (IUU) Fishing, penyeludupan dan pengedaran dadah, pemerdagangan manusia serta penyeludupanmigran.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Mohd Amir Khusairi bin Harun Pegawai Perhubungan AwamIbu PejabatAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kementerian Dalam NegeriTingkat 12, One IOI Square,IOI Resort, 62502 Putrajaya Tel : +60 12-460 6548Emel : amirkhusairi@mmea.gov.myJelas beliau lagi, menerusi persidangan tersebut, terdapat lima teras menjadi fokuspersidangan dan Maritim Malaysia terlibat secara langsung menerusi dua teras iaituMencari dan Menyelamat Maritim (MSAR) serta Pencegahan dan Kawalan PelanggaranUndang-Undang Serta Akta Di Laut yang mempunyai cabaran kompleks dalammenanganinya. “Rantau Asia yang luas ini berdepan dengan pelbagai cabaran maritim termasukjenayah rentas sempadan, penyeludupan, dan ancaman terhadap keselamatan perairan.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam HACGAM adalah bukti komitmen Malaysia untukterus bekerjasama dengan negara-negara serantau bagi memastikan keselamatan dankelestarian maritim sentiasa terpelihara,” kata beliau. Selain perbincangan formal, mesyuarat juga menyediakan platform kepada MaritimMalaysia bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan agensi pengawal pantailain dalam meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan maritim.

Ini termasuklah penerapan teknologi baharu dan strategi yang lebih inovatif dalammemantau serta melindungi perairan. Mesyuarat HACGAM kali ini diakhiri dengan beberapa resolusi penting yang akanmenjadi panduan kepada negara-negara anggota dalam meningkatkan kerjasama dankeupayaan mereka dalam menghadapi cabaran maritim pada masa hadapan.

MaritimMalaysia juga menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan lebih aktif dalaminisiatif serantau yang akan datang. Melalui penyertaan ini, Maritim Malaysia terus menunjukkan komitmen padu dalammenjaga keselamatan perairan negara dan serantau serta memperkukuhkan hubungandengan agensi-agensi pengawal pantai lain dalam mencapai matlamat bersama untukkeamanan maritim yang berterusan.

HACGAM ke-20 turut disertai dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu RegionalCooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia(ReCAAP) dan The United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). -Tamat –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *