MCMC MENYAMBUT BAIK PELANTIKAN DATUK MUHAMMAD AZMI SEBAGAI PENGERUSI INTERIM BAHARU BERKUAT KUASA 5 JANUARI 2023
CYBERJAYA
6 Januari 2023
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengucapkan
tahniah dan menyambut baik pelantikan YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin
Mohd Zain sebagai Pengerusi Interim MCMC yang baharu berkuat kuasa 5
Januari 2023.
YBhg. Datuk Muhammad Azmi mengambil alih kepimpinan MCMC daripada
Pengerusi Interimnya, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din yang
menerajui MCMC semenjak 10 Jun 2022. YBhg. Tan Sri Mohamad Salim telah
meletak jawatan pada 20 Disember 2022.
YBhg. Datuk Muhammad Azmi merupakan seorang Pegawai Tadbir dan
Diplomatik yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor awam selama 26
tahun di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. Kini beliau adalah Ketua
Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG),
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. MCMC yakin
pengalaman luas serta ketokohan YBhg. Datuk Muhammad Azmi dalam
perkhidmatan awam akan membantu usaha MCMC melonjakkan
perkembangan sektor telekomunikasi dan multimedia.
MCMC ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg.
Tan Sri Mohamad Salim atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang
menerajui MCMC serta memastikan industri kekal relevan dan terus berdaya
saing.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCMC