Sambutan luarbiasa dengan kehadiran ribuan pengunjung di RPT Maha Annathanam 2025 di Klang

  • February 23, 2025
  • 3 min read
Sambutan luarbiasa dengan kehadiran ribuan pengunjung di RPT Maha Annathanam 2025 di Klang

Klang, 22 Februari 2025 – Rajayoga Power Trranscendental Meditation Society (RPT) sekali lagi menganjurkan Maha Annathanam 2025, sebuah acara tahunan berskala besar bersempena sambutan Hari Lahir Pengasas dan Presiden RPT, Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan, atau lebih mesra dikenali sebagai Dato’ Sri Guruji.

Acara ini diadakan di Kuil Sri Subramaniar, Pandamaran, Klang, dengan kehadiran orang ramai dianggarkan lebih 6,000 orang sejak awal pagi. Ia dianjurkan oleh anak perempuan Presiden RPT, Dr. Seetah Balakrishnan, yang meneruskan tradisi memberi jamuan makanan percuma kepada orang ramai dan penghuni rumah kebajikan di seluruh negara.

Sambutan Bertaraf Antarabangsa

Sewaktu ucapannya, Dr. Seetah Balakrishnan menjelaskan upacara ibadat khas dan pengagihan makanan percuma ini bukan sahaja berlangsung di Malaysia, namun

diadakan serentak di Singapura, Tamil Nadu (India), London (United Kingdom), Sydney (Australia), Amerika Syarikat, Kanada, serta beberapa negara di Eropah.

Selaras dengan cogan kata RPT, “Making Others Happy”, sumbangan makanan dan barangan keperluan turut disalurkan ke rumah kebajikan di negara-negara berkenaan.

Pengisian Program yang cukup Meriah

Majlis bermula seawal jam 5 pagi dengan upacara ibadat khas, diikuti dengan ucapan daripada Dr. Seetah Balakrishnan dan kemuncak acara iaitu ucapan khas Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan yang disiarkan secara langsung di skrin pentas utama.

Sepanjang acara, pelbagai persembahan seni dan budaya diadakan, termasuk:

*Tarian Singa

*Poikaal Kuthirai (kuda kepang India)

*Tarian Burung Merak

*Kolattam (tarian menggunakan batang kayu)

*Urumi Melam (paluan gendang)

*Bharata Natyam (tarian klasik India)

*Nyanyian lagu Thirumurai (pujian kepada Tuhan)

Pengagihan makanan percuma, termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan manisan laddu, diagihkan kepada semua para hadirin.

Persiapan Rapi & Penglibatan Sukarelawan

Perancangan dan persiapan rapi bagi menyambut sambutan ini telah bermula sejak dua bulan lalu dan ianya melibatkan seramai 500 orang sukarelawan bagi memastikan kelancaran majlis ini sempurna. Daripada jumlah itu, 250 orang belia memainkan peranan penting dalam membantu hingga acara selesai. Pasukan Perubatan RPT turut bersiap sedia ditempatkan untuk memberikan bantuan kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan.

Setiap kanak-kanak yang hadir tidak dilupakan dengan pemberian aiskrim dan belon percuma bagi menceriakan mereka. Skrin televisyen dipasang di sekitar kawasan kuil bagi membolehkan pengunjung menonton acara langsung dengan lebih selesa.

Meraikan Nilai Tradisi & Kebajikan

Sejak diasaskan, Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan dan Datin Sri Sundari Balakrishnan sentiasa menekankan nilai-nilai agama, tradisi, seni budaya, moral, gaya hidup beretika, serta keharmonian keluarga. Kesemua nilai ini diterapkan dalam sambutan RPT Maha Annathanam 2025, menjadikannya bukan sekadar acara amal, tetapi juga satu perayaan budaya dan kebersamaan.

Majlis berakhir dengan suasana penuh harmoni dan penuh rasa kegembiraan, ini dapat dilihat disetiap wajah orang ramai yang hadir. dan terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan dan Datin Sri Sundari Balakrishnan atas inisiatif murni ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *