MMOWA beri penghargaan kepada 100 penasihat kekayaan

  • June 30, 2022
  • 3 min read
MMOWA beri penghargaan kepada 100 penasihat kekayaan

PUTRAJAYA: Dalam pengurusan wang juga perlu ada ilmu untuk mencapai matlamat kewangan, justeru itu sebab pentingnya seorang ‘perunding kekayaan’ untuk menberikan ilmu tersebut kepada orang ramai.

Malaysia’s Most Outstanding Wealth Advisor (MMOWA) telah memberikan penghargaan kepada 100 orang ‘perunding kekayaan’ dalam mewujudkan penasihat yang bertaraf antarabangsa.

Majlis ini telah berlangsung dengan gemilangnya pada 29 Jun 2022, bertempat di Putrajaya Marriott Hotel, Putrajaya.

Ini merupakan inisiatif oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk menghargai penasihat-penasihat yang cemerlang serta mendorong lebih banyak firma untuk sama-sama memberikan yang terbaik demi membantu masyarakat untuk pengurusan harta mereka.

Majlis ini dihadiri oleh YBRS. Tuan Nurul Azhar Bin Husin dari Jabatan, Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Selangor) sebagai tetamu kehormat, YBHG. Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara, YBRS. Dr. Toni Ting Yee Ping Naib Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara, YBRS Dr. David Ng Kung Wei Naib Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara, YBRS. Dato Gavin Voon Shih Chin Yang Di Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Selangor, YBRS. Tuan Masrudi Bin Abdul Rahman Setiausaha Agung Majlis Tindakan Pengguna Negara, YBRS. Puan Sim Wen Yee Pengerusi Malaysia’s Most Outstanding Wealth Advisor dan YBRS. Tuan Abdul Malik Bin Jamaran EXCO Perunding Kewangan Pengguna Majlis Tindakan Pengguna Negara.

Disamping itu, pihak MMOWA juga menjemput Pengarah Urusan Primer Capital Sdn Bhd & Uni-Link Smart Venture Sdn Bhd, Dato’ Leong Kin Mun berkongsikan topik “Mapping of Wealth Creation Strategies: Best Practice dan Kevin Chan, pesyarah terkenal Joey Yap, Consultant Group pula berkongsi topik seperti “Feng Shui & Investment Outlook”.

Pengerusi Malaysia’s Most Outstanding Wealth Advisors (MMOWA), Cik Sim Wen Yee, menyatakan kesyukuran kepada pihak-pihak yang menyokong majlis penghargaan dan berterima kasih atas kesudian mereka untuk memberikan penghargaan bersama-sama kepada penasihat-penasihat kekayaan yang berprestasi cemerlang dalam sektor kewangan, perancangan kewangan, perundingan kewangan, broker pelaburan, insuran, perbankan, perkhidmatan penjagaan hospis, cukai dan perakaunan, perancangan kekayaan, amanah dan dana, dan mana-mana ahli professional yang menyumbang kepada sektor kewangan.

“Perancangan kewangan adalah rumit kepada ramai orang dan nasihat-nasihat yang sukar difahami menjadi kekangan kepada klien ketika membuat keputusan dan menyebabkan proses perancangan kewangan sering dilengah-lengahkan ataupun dibatalkan, terutamanya pada masa kini, masih terdapat ramai orang yang berpengetahuan cetek terhadap perancangan harta pustaka dan menyebabkan tiada waris datang menuntut harta pustaka mereka selepas mereka meninggal dunia. Kes-kes ini menggambarkan betapa pentingnya perundingan kekayaan.

“Seorang penasihat kekayaan yang professional berupaya memudahkan perkara yang konsep rumit dan kompleks menjadi mudah, justeru memanfaatkan lebih ramai klien dengan meningkatkan prestasi keputusan keseluruhan melalui keputusan strategis yang praktikal, pantas dan tepat.

Sila hubungi Grace (+60 16-308 5591) untuk mendapat lebih banyak maklumat sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang MMOWA. -UTVMEDIAMSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *