NADMA kenal pasti hotspot banjir di Selangor

  • September 20, 2022
  • 1 min read
NADMA kenal pasti hotspot banjir di Selangor

SHAH ALAM: Lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenalpasti sebagai ‘hotspot’ atau lokasi tumpuan banjir berdasarkan kenyataan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Lapan daerah yang terlibat adalah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, manakala daerah yang tidak disenarai ialah Hulu Selangor.

Menurut perkongsian oleh NADMA, lokasi tumpuan berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari 2019 hingga 2022.

Sementara itu, semua kesembilan daerah di Selangor itu diletakkan sebagai berisiko banjir dan penentuannya adalah berdasarkan kawasan terbabit pernah dilanda banjir.

Untuk maklumat terperinci mengenai kawasan berisiko banjir, orang ramai boleh merujuk Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Instagram, Majlis Keselamatan Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *