PAKEJ RAHMAH PRABAYAR SISWA TAWAR HARGA RM30, PELAN DATA 30GB

  • July 17, 2024
  • 1 min read
PAKEJ RAHMAH PRABAYAR SISWA TAWAR HARGA RM30, PELAN DATA 30GB

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi
mengumumkan penawaran Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golongan
pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Pakej RAHMAH Prabayar Siswa ini boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024
menerusi lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).

Pakej ini ditawarkan pada harga lebih rendah, iaitu tidak melebihi RM30 dengan
minimum permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama
180 hari. Tawaran pakej ini merupakan hasil perluasan Pakej Internet Mudah Alih
(prabayar) RAHMAH yang diperkenalkan pada tahun 2023.

Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat-syarikat
penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI
dalam menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan
pelajar semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

Maklumat lanjut mengenai Pakej RAHMAH Prabayar Siswa akan diumumkan oleh
syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Senarai lengkap IPTA dan
ILKA yang terpilih akan dimaklumkan menerusi laman web Kementerian Komunikasi
www.komunikasi.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *