Parti politik BERSAMA dilancarkan, mahu generasi politik baharu

  • June 11, 2024
  • 1 min read
Parti politik BERSAMA dilancarkan, mahu generasi politik baharu

SHAH ALAM: Sebuah parti politik baharu dilancarkan semalam secara rasmi yang di namakan BERSAMA diketuai oleh Ahli perniagaan, Danial Marnokaran Abdullah sebagai Presiden.

Dalam ucapan Daniel berkata, parti Bersama merupakan parti ‘Kebangsaan’ bukan parti ‘multi racial’ .

“Parti ini juga ditubuhkan untuk mencabar status quo politik elit di negara ini, Selain itu mahu menjadi platform bagi generasi baharu menyertai politik.

“Hari ini kalau nak ceburi politik akan di tanya mengenai latar belakang, siapa kamu dan bagaimana kewangan kami?

” Dalam bersama, tiada orang yang sama yang menjadi ahli politik, jika ikut sekarang hanya muka yang sama sahaja yang memimpin”

Daniel juga berkata, Bersama mahu menjadi kuasa ketiga yang memberikan semak ‘check and balance’ serta sebagai penyumbang luahan rakyat.

“Dari rakyat untuk rakyat” adalah slogan kami kerana model pendanaan awam untuk menyokong parti.

Danial juga berkata parti itu juga menyasarkan untuk menyertai pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, dokumen berkaitan kepimpinan parti dan perlembagaan sudah dihantar ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu kelulusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *