Pelancaran Serentak Jualan Termurah Madani & Jualan Ehsan Rahmah Peringkat Parlimen Gombak

Jualan Termurah Madani (JTM) merupakan inisiatif baharu di bawah Kerajaan Persekutuan manakala Jualan Ehsan Rahmah (JER) pula adalah usaha Kerajaan Selangor untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas pada harga sangat murah sejak 2022.

Baru-baru ini, Majlis Peluncuran Serentak Jualan Termurah Madani & Jualan Ehsan Rahmah peringkat Zon Tengah Parlimen Gombak, dalam masa yang sama Peluncuran turut diadakan di Zon Utara di Parlimen Permatang Pauh yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parlimen Sungai Petani manakala Zon Selatan di Parlimen Port Dickson.

Sambutan yang memberangsangkan terhadap program Jualan Termurah Madani dan Jualan Ehsan Rahmah (JER) menunjukkan inisiatif tersebut benar-benar memberi impak positif kepada kos sara hidup rakyat.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung ke Jualan Termurah Madani peringkat Parlimen Gombak yang diadakan di Tapak Pasar Malam Taman Pinggiran Batu Caves di sini, semalam.

Menteri Besar Selangor,  Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas dengan potongan harga sehingga 60% itu sebagai usaha berterusan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Jualan Termurah Madani merupakan inisiatif baharu di bawah Kerajaan Persekutuan manakala Jualan Ehsan Rahmah pula adalah usaha Kerajaan Selangor untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas pada harga sangat murah sejak 2022.

Orang ramai berpeluang membeli produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.

Antara barangan yang dibawa menerusi jualan semalam adalah barangan basah seperti ikan, ketam, sotong sebanyak lima tan diikuti ayam 1,000 ekor, telur (900 sarang) dan beras 5 kilogram (900 kampit).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *