Telefilem ‘Toyol Kuala Muda’ Arahan Raja Azrey, para pelakon lahir dari ‘Akademi Raja Azrey’
Kesemua pelakon Telefilem ‘Toyol Kuala Muda’ pertama kali dalam dunia ‘telefilem’ dengan di bimbing oleh Akademi Raja Azrey milik pelakon berpengalaman luas Raja Azrey.
Walaupun pertama kali berlakon, namun kesemua pelakon Telefilem ‘Toyol Kuala Muda’ ini mendapat kelas lakonan intensif selama 3 hari, Program ARA Siri 1 yang telah berlangsung di Pulau Pinang dari 28 hingga 30 September 2024.
Telefilem ini adalah hasil daripada program intensif tersebut, yang bertujuan mengetengahkan bakat baharu dalam bidang lakonan.
Pengarah Telefilem ‘Toyol Kuala Muda’ Raja Azrey berkata, walaupun pengambaran telefilem ini mengambil masa selama 2 hari sahaja. Namun, aspek kualiti tetap dititikberatkan dalam memberi peluang dan pengalaman berharga kepada semua peserta.
” Sebenarnya, kelas dijalankan selama 3 hari, ada dua sesi, sesi pertama adalah teori dalam kelas yang berlangsung dari 8 pagi sehingga 5 petang, dalam kelas teori ini lah mereka belajar mengenai ‘shot’, dialog, ‘acting’ dan sebagainya.
” Selepas pukul 5 petang, sesi praktikal sebelah malam kita sudah mulai penggambaran. Sebenarnya pengambaran ini dijalankan selama 2 hari setengah sahaja. Alhamdulilah kita dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan.
” Untuk kali ini, saya memilih cerita komedi untuk diketengahkan kepada peserta-peserta. Disebabkan ini pertama kali mereka berlakon saya mengambil genre komedi ringan dan menarik.
” Cerita bertemakan ‘Toyol’ ini sudah lama saya ingin terbitkan, namun bukan cerita hantu toyol sebenar, namun lebih kepada jenis sifat manusia itu sendiri supaya jangan memandang rendah sesama manusia. Itulah mesej yang saya cuba ingin sampai kan kepada masyarakat melalui telefilem ini.
“Harapan saya adalah supaya pelajar-pelajar di Akademi Azrey ini mendapat peluang yang lebih besar diluar.
” Saya berikan pengalaman sebenar kepada mereka sebelum mereka beraksi diluar nanti supaya mereka lebih bersedia dan juga sebagai ‘profile’ kepada mereka,” katanya.
Malam Pelancaran dan Tonton Perdana Telefilem “Toyol Kuala Muda” diadakan pada 7 Disember 2024, jam 8:00 malam di mmCineplexes, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur karya Pondok Karya Kreatif Venture dan Akademi Raja Azrey adalah simbol kejayaan industri seni tempatana dan menjadi bukti komitmen dalam membangunkan industri seni tempatan yang inklusif dan kompetitif.
Dalam Program ARA, peserta mendapat pendedahan mendalam dalam perkara yang di fokuskan:
Mengasah teknik lakonan yang tepat adalah asas penting bagi setiap pelakon, termasuk ekspresi emosi, kawalan suara, dan gerak tubuh yang meyakinkan.
Di samping itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai persiapan sebelum ke set sebenar.
Ini merangkumi aspek seperti memahami etika berpakaian, menyusun jadual penggambaran, menjaga disiplin masa, serta mengenali keupayaan diri dalam membawa setiap watak yang diterima.
Salah satu cabaran utama pelakon baharu adalah kekurangan penghayatan rasa dan emosi, selain kurangnya kajian watak sebelum memasuki set penggambaran.
Oleh itu, penekanan turut diberikan terhadap pemahaman menyeluruh mengenai proses di belakang tabir.
Ini bertujuan untuk memupuk kemahiran bekerjasama dengan kru serta pengarah di set, sekaligus memastikan kelancaran keseluruhan proses penggambaran.
Pelan Masa Depan Akademi Raja Azrey adalah merancang untuk memperluas akses program ini kepada masyarakat umum dengan inisiatif berikut:
• Kelas Terbuka: Bengkel untuk pelbagai lapisan masyarakat.
• Projek Komuniti: Melibatkan komuniti setempat dalam projek seni.
• Kerjasama Industri: Mewujudkan peluang pekerjaan melalui kolaborasi dengan penggiat seni profesional
Jika ada berminat untuk sertai kelas lakonan boleh layari Facebook Akademi Raja Azrey atau Tiktok Raja Azrey.
Telefilem “Toyol Kuala Muda” adalah bukti nyata bagaimana teori dan amali bergabung dalam membentuk karya berkualiti tinggi, dengan peserta diberi peluang beraksi dalam projek sebenar yang diwujudkan khas atas inisiatif pihak Pondok Karya Kreatif.
TELEFILEM TOYOL KUALA MUDA ini akan mula ditayangkan pada umum pada 10 Disember 2024, Jam 9 malam di saluran Youtube Raja AzreyTv Channel.