Peluang menyertai Miss International Malaysia untuk warga semenanjung! Jom semak syarat!

  • April 12, 2023
  • 3 min read
Peluang menyertai Miss International Malaysia untuk warga semenanjung! Jom semak syarat!

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2023 – Salah satu pertubuhan ratu cantik peringkat dunia yang terawal dan terkemuka, Miss International Organization mengumumkan penganjuran Miss International Malaysia telah kembali dengan edisi Semenanjung iaitu Miss International Malaysia Semenanjung 2023 (MIMS 2023).


Debut MIMS 2023 ini merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh rakan Miss International Organization iaitu organisasi Miss International Malaysia (MIM) untuk memaparkan keunikan dan kepelbagaian latar belakang, seni dan budaya Malaysia melalui fesyen, kecantikan dan hiburan.


Dengan menyediakan pertandingan ratu cantik serba moden disulami dengan idea tradisional pertandingan, MIMS 2023 akan menampilkan siri video Youtube ekslusif yang memaparkan kehidupan seharian para peserta melakukan
aktiviti pertandingan seperti latihan fizikal, latihan catwalk, kelas pengucapan awam dan sebagainya.

Tambahan lagi, siri video tersebut juga akan memaparkan sifat patriotisme, semangat dan kekuatan para peserta demi menjadi antara peserta Top 5 untuk ke peringkat kebangsaan, Miss International Malaysia 2023, yang akan diadakan pada 29 Julai 2023 kelak.


Y.M. Dato’ Paduka Seri Hasnizal Haji Hassan berkata, “Seperti yang semua maklum, Malaysia kaya dengan budaya pelbagai kaum, dan acara seperti ini memberi peluang yang terbaik kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa melihat apa yang Malaysia mampu tawarkan melalui ratu-ratu cantik kita. Organisasi Miss International Malaysia
telah bekerja keras untuk menyediakan platform yang mengasah bakat, kemahiran dan usaha rakyat Malaysia seluruh dunia.

Acara ini akan memberi peluang kepada bakal ratu cantik kita dari pelbagai budaya untuk berkongsi, mendidik dan belajar di antara satu sama lain serta memaparkan latar belakang masing-masing.”


Tambahan lagi, SunStrong Entertainment menjadi Penyampai Anugerah untuk MIMS 2023 dan akan menyumbang pelbagai peluang kerjasama kepada pemenang MIMS 2023 beserta hadiah dan wang tunai berjumlah RM27,000.


Pengarah Negeri Miss International Malaysia, Cik Kimberly Lee berkata, “Objektif utama kami adalah untuk membina kesedaran dan nilai pelancongan di Malaysia.

Kita memiliki keajaiban alam semulajadi untuk dijelajahi dan masyarakat dari pelbagai kaum sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dari seluruh dunia.

Kami mensasarkan untuk memperkenalkan destinasi pelancongan yang terkenal kepada para peserta dan memaparkannya secara global untuk memikat para pelancong mengunjungi Malaysia dan mengalami apa yang Malaysia tawarkan.”


Sepanjang acara ini, organisasi MIM dan para peserta ratu cantik akan menjalankan pelbagai akitiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai salah satu inisiatif untuk membangunkan ekonomi sektor pelancongan negara.


Tambahan pula, beberapa pertandingan mini turut dijalankan demi mencari juara subsidiari sampingan yang bakal diumumkan di acara kemuncak.


Organisasi MIM teruja untuk menyediakan platform kepada bakal ratu cantik menerampilkan personaliti, bakat dan
kemahiran-kemahiran mereka kepada dunia. Bakal peserta boleh menjangkakan pembangunan diri, pembelajaran dan banyak lagi di Miss International Malaysia Semenanjung 2023.


Kepada cantik bakal ratu boleh 2023 di untuk ujibakat MIMS mendaftar berpotensi
https://forms.gle/KNrLJhYyu8VMo6AF9 (sila lihat syarat-syarat di bawah) di mana mereka berpeluang untuk yang memenangi hadiah dan wang tunai berjumlah sehingga RM27 000 termasuk peluang berlakon filem,
menjadi duta dan keahlian gim LifenFitness serta banyak lagi,

Syarat-syarat kelayakan MIMS 2023;
• Wanita, penduduk Semenanjung Malaysia, bukan Islam

• Umur 18 tahun hingga 28 tahun pada tahun 2023

• Tinggi minimum 165cm

•Bujang, belum berkahwin, bercerai atau punyai anak

• Fasih Bahasa Malaysia atau Inggeris


MIMS 2023 dianjurkan oleh organisasi Miss International Malaysia bersama SunStrong Entertainment sebagai Penyampai Anugerah dan STEG Hotel Kuala Lumpur sebagai penaja Hotel & Tempat Acara untuk aktivit MIMS 2025
bersama para penaja dan rakan:


BCM Alliance Berhad
TLK Investment LLC
LifenFitness
STEG Studio
The Transit
Vegetory
MySAC-penaja baucer
Everest Corridor Sdn. Bhd. -penaja sarang burung
Face Bar-penaja pelitup separuh muka
Global Creative Media Agency (GCMA) – Agensi PR Rasmi


Untuk maklumat lanjut mengenai MIMS 2023, sila layari: https://www.instagram.com/missmalaysiapageant.

Untuk maklumat lanjut mengenai SunStrong Entertainment, sila layari: https://www.sunstrongentertainment.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *