PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI/ DEWAN UNDANGAN/ DEWAN NEGERI KE-14 BAGI NEGERI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU, PULAU PINANG, SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri/Dewan Undangan/Dewan Negeri Yang Ke-14bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada YB Speaker DUN/DU/DNmasing-masing.
2. Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 5 Julai 2023 (Rabu). Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.3.
Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.
Sekian.DATO’ INDERA IKMALRUDIN ISHAKSetiausahaSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 3 Julai 2023 / 14 Zulhijah 1444H