Scentify by Enchanteur Lancar ‘Most Clothes Ironed in A Day’ 10,700 Helai Dalam Masa 24 Jam

  • December 1, 2023
  • 2 min read
Scentify by Enchanteur Lancar ‘Most Clothes Ironed in A Day’ 10,700 Helai Dalam Masa 24 Jam

SUBANG, 30 NOV 2023 — Scentify by Enchanteur, Jenama Penyegar Fabrik terbaharu lancar 24 jam maraton ‘Most Clothes Ironed in A Day dengan melibatkan 80 orang untuk menggosok 10,700 helai pakaian.

Kelebihan rangkaian baru Scientify Eau de Fabric ini bukan sahaja sebagai penyegar fabrik sahaja, namun sebagai peneman ketika menggosok pakaian supaya lebih wangi dan kekal lama!

Tiga bau wangian premium yang membangkitkan mood harian adalah seperti Floral Symphony, Sparkling Fruits, dan Magical Clouds.

Turut memeriahkan acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam bakal bergabung untuk memgosok baju pada kemuncak penutup program ini.

Di kemuncak acara, sejumlah 10,000 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh 1 hari, melayakkan Scientify by Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book Of Records bagi Jumlah pakaian terbanyak digosok dalam sehari.

Sijil rasmi The Malaysia Book of Record telah dianugerahkan kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh

Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Yang Berbahagia Dato’ Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah “rakan” penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih seronok dengan wangian mewah.

Segera dapatkan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung

Malaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak, dan rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pada harga RM9.90 in Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, and pasar-pasar hyper di seluruh negara.

Segarkan kehidupan dengan SCENTIFY!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *