Strain BCMC probiotik buatan Malaysia lakar sejarah dalam pengurusan penyakit tidak berjangkit

  • April 14, 2023
  • 5 min read
Strain BCMC probiotik buatan Malaysia lakar sejarah dalam pengurusan penyakit tidak berjangkit

PETALING JAYA: Komuniti perubatan Malaysia melangkah ke tahap yang lebih tinggi dengan kejayaan cemerlang dalam penyelidikan probiotik strain BCMC® yang dihasilkan oleh salah satu peneraju industri farmaseutikal Malaysia – B-Crobes Laboratory Sdn. Bhd. (B-Crobes) sebagai terapi sampingan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs). Pada sidang akhbar baru-baru ini, B-Crobes dan GUT Research Group Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memaparkan penemuan baharu dalam aplikasi strain BCMC®.

Penyelidikan baharu strain BCMC® ini telah diuji dan disahkan secara klinikal, mampu membaikpulih dan mengurus NCDs, khususnya kanser kolorektal, diabetes yang dialami perempuan mengandung dan penyakit hati berlemak bukan akibat alkohol (NAFLD). Selama dua dekad, B-Crobes mendedikasi diri mereka kepada penyelidikan, pembangunan dan penghasilan strain probiotik khusus iaitu BCMC® yang mengandungi Lactobacillus acidophilus BCMC® 12130, Lactobacillus casei subsp. BCMC® 12313, Lactobacillus lactis BCMC® 12451, Bifidobacterium longum BCMC® 02120, Bifidobacterium bifidum BCMC® 02290, dan Bifidobacterium infantis BCMC® 02129, digunakan untuk mencegah dan membaikpulih sistem pencernaan, kesihatan metabolik, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhan.

Lebih dari 20 kajian klinikal telah dijalankan untuk membuktikan tahap keselamatan dan kecekapan strain BCMC®, menghasilkan produk yang bernama ‘HEXBIO’, digunakan di unit-unit ICU hospital kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Ia turut boleh didapati di kedai-kedai farmasi seluruh dunia termasuk UAE, Bahrain, China, Oman, Singapura dan banyak lagi.

Penyelidikan pertama yang diterbitkan berjudul “A Randomized Double-Blind Placebo-Controlled Trial on Post-Surgical Colorectal Cancer Patients” (1) – sebuah penyelidikan yang mengkaji kesan-kesan strain BCMC® terhadap pesakit kanser kolorektal selepas pembedahan. Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan.

Didapati, strain BCMC® menunjukkan kesan pengurangan yang signifikan tahap khusus sitokin radang (bahan merbahaya) yang diketahui mengakibatkan kesan buruk terhadap pesakit kanser kolorektal. Justeru, meningkatkan kadar pemulihan selepas pembedahan seseorang pesakit kanser kolorektal.

Penyelidikan seterusnya yang diterbitkan berjudul “The Roles of Probiotics in the Gut Microbiota Composition Outcomes in Asymptomatic Post-Gestational Diabetes Women: A Randomized Controlled Trial” (2) di mana kajian mengenai kesan strain BCMC® terhadap metabolisme glukosa dalam wanita selepas bersalin dengan sejarah penyakit gestational diabetes mellitus (GDM). Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan menerima plasebo manakala satu lagi kumpulan menerima strain BCMC® secara rawak, selama 3 bulan.

Penyelidikan tersebut turut melibatkan ujian yang teliti dan konsisten terhadap glukosa puasa, tahap penerimaan insulin dan tanda-tanda keradangan para pesakit. Didapati, kumpulan yang menerima strain BCMC®  menunjukkan pemulihan tahap penerimaan insulin, di mana ianya faktor penting dalam mengubati diabetes selepas mengandung dan mengurangkan risiko mengakibatkan diabetes tahap 2.

Berdasarkan kajian NAFLD, dua penyelidikan telah diterbitkan iaitu “The Effect of Probiotics (MCP® BCMC® Strains) on Hepatic Steatosis, Small Intestinal Mucosal Immune Function, and Intestinal Barrier in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease” (3) dan “The Effects of Probiotics on Small Intestinal Microbiota Composition, Inflammatory Cytokines, and Intestinal Permeability in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease.” (4)

Penyelidik telah mengkaji kesan strain BCMC® terhadap hepatic steatosis, fibrosis, dan ujian darah biokimia para pesakit NAFLD.  Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan.

Setelah ujian disimpulkan, didapati strain BCMC® dapat mengawal kestabilan fungsi imun mukusal yang melindungi pesakit NAFLD melawan kebolehtelapan usus (menghalangi toksin memasuki ke dalam badan). Penggunaan strain BCMC® juga membantu mengawal keseimbangan komposisi mikrobiota, meningkatkan kesihatan usus dengan anggapan strain BCMC® memainkan peranan sampingan merawat NAFLD dan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Tambahan pula, ianya menurunkan tahap sitokin radang, hampir sama dengan kajian sebelumnya, menunjukkan keputusan yang konsisten dengan strain BCMC®.

Pengarah Bahagian Gaya Hidup & Sains, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), YBrs. Puan Razida Hanim Abdul Razak berkata, “Penyelidikan ini bukan sahaja memaparkan dedikasi dan komitmen peneraju industri kita untuk menyediakan produk yang cekap dan dibangunkan secara klinikal untuk kesihatan masyarakat, ianya juga meningkatkan kebergantungan dan permintaan terhadap produk buatan Malaysia di peringkat antarabangsa.”



Selari dengan Pelan Strategik Nasional Kementerian Kesihatan 2016-2025 dalam menangani isu berkaitan NCDs, B-Crobes telah menandatangani perjanjian penyelidikan bersama Fakulti Perubatan UKM dan School of Medical & Life Science, Universiti Sunway. Turut diumumkan adalah kerjasama akademik dan industri dalam penyelidikan aplikasi klinikal probiotik dan mikrobioma usus dalam kesihatan. Demi memulakan inisiatif ini, B-Crobes menyediakan geran penyelidikan pendidikan sebanyak RM50,000 kepada kedua pihak termasuk biasiswa kepada pelajar-pelajar Ph.D. Mereka adalah pelajar Fakulti Perubatan UKM dan pelajar School of Medical & Life Science, Universiti Sunway bagi menjalankan penyelidikan berkaitan probiotik di Malaysia.


Puan Razida Hanim menambah, “Saya yakin di masa hadapan, kerjasama di antara B-Crobes, UKM dan Universiti Sunway akan membawa industri perubatan dan farmasi di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Ini turut memberi motivasi kepada para pemain tempatan untuk menyelami dan menemui penemuan yang membantu kemanusiaan disamping membangunkan inovasi-inovasi canggih dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara yang disegani dalam pengeksportan produk perubatan secara global.”



Pengarah Eksekutif B-Crobes Group of Companies, En. Dean Lee berkata, “Inisiatif ini adalah untuk menyediakan pendidikan dan penyelidikan yang akan mengembangkan para pelajar dan bakal penyelidik, di mana mereka ini akan menjadi tunjang dalam menawarkan  pembangunan inovasi yang mencerminkan apa yang Malaysia mampu tawarkan. Tambahan pula, penyelidikan translational merupakan kaedah seterusnya dan akan meningkatkan ekonomi Malaysia. Kami percaya ini merupakan contoh kerjasama unik dalam penyelidikan dan pembangunan klinikal yang melibatkan empat sektor seperti industri, universiti, kerajaan dan orang awam. Kami berharap objektif kami akan memberi inspirasi kepada para pemain industri untuk menemukan penemuan perubatan yang lebih baik dan menyumbang kepada masyarakat Malaysia. Sudah pasti, penemuan penyelidikan yang penting akan diterapkan di dalam pengamalan klinikal untuk kebaikan masyarakat Malaysia dan lebih lagi.”

Tambahan lagi, B-Crobes teruja untuk berkongsi tentang pembangunan kemudahan penyelidikan serba baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang, bakal dibuka pada tahun 2025 hasil kejayaan produk HEXBIO dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Kesihatan masyarakat menjadi keutamaan B-Crobes, dan kejayaan cemerlang penyelidikan ini melambangkan permulaan perjalanan mereka demi menonjolkan Malaysia sebagai sumber yang dikenali dan dipercayai dalam penyelidikan dan pembangunan produk perubatan secara global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bcrobes.com/about-us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *