VitaHealth lantik pemain badminton negara Pearly Tan sebagai duta jenama
Kuala Lumpur, 12 April 2023 – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Ybhg. Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad merasmikan pengumuman perlantikan pemain badminton negara, Pearly Tan sebagai Duta Jenama VitaHealth Malaysia Sdn. Bhd. (VitaHealth) buat pertama kali dalam masa 76 tahun. Atlit bertaraf dunia itu akan menjadi wajah VitaHealth, sebuah jenama suplemen kesihatan, untuk memperkasakan dan memberi inspirasi kepada para individu mencapai matlamat mereka dan hidup secara sihat sepanjang hayat.
Sebagai sebuah jenama yang dimiliki oleh syarikat Australia dan tersenarai dalam Australian Securities Exchange, VitaHealth komited untuk membantu masyarakat mencapai kesihatan fizikal dan mental yang optimum melalui suplemen-suplemen kesihatan berkualiti tinggi. Sebagai peneraju veteran dalam industri, VitaHealth memenuhi permintaan dunia terhadap suplemen melalui pelbagai produk. Menjelang suku kedua 2023, VitaHealth berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi seimbang dalam mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental, disamping menambahbaik kesihatan dan kualiti kehidupan.
Pearly Tan, anak jati Kedah yang berusia 23 tahun merupakan bintang yang kian meningkat, sebahagian dari Pasukan Beregu Wanita Negara dan menghuni di tangga kelapan dunia. Demi memberi inspirasi kepada para individu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya ke arah kualiti kehidupan yang lebih baik, VitaHealth telah memilih Pearly Tan menjadi wajah objektif utama mereka dalam memberikan impak positif kepada masyarakat. Menjadi inspirasi kepada orang ramai, Pearly akan berkhidmat sebagai contoh yang ideal untuk meneraju objektif ini dan mendidik orang ramai akan kepentingan memilih suplemen yang tepat untuk kehidupan yang lebih bermutu.
YBhg. Dato’ Sri Suriani berkata, “Terdapat banyak jalan dan peluang untuk membangun, baik dalam pelbagai industri, sepertimana yang dibuktikan oleh Pearly Tan. Sebagai atlit kebangsaan, Pearly layak menjadi contoh, memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha, mengatasi cabaran dan mengejar impian dengan semangat tinggi.”
“Dengan itu, saya ingin menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda, supaya lebih berani keluar dari zon selesa demi mengasah kemahiran dan mencapai impian, seperti yang dilakukan Pearly Tan melalui kerjaya pemain badminton profesional. Saya percaya kerjasama di antara VitaHealth dan Pealy Tan akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan kehidupan yang bermakna.”
Ketua Negara Vita Life Sciences (Malaysia & Singapura), Cik KS Beh berkata, “Sebagai pemain badminton negara, Pearly menjadi lambang semangat, kekuatan dan tenaga jenama kami. Keazaman dan komitmen beliau demi mencapai kecemerlangan, termasuk senyuman yang menawan menjadikan beliau inspirasi, baik dalam dan luar gelanggang. Pearly merupakan wajah ideal untuk nilai inovasi, kecemerlangan dan kebaikan jenama kami.”
Hari ini turut menandakan pelancaran rasmi VLife, siri kesihatan menyeluruh yang direka khas bagi para pengguna yang sibuk dan dimana sahaja. Siri eksklusif ini boleh didapati di kesemua cawangan Big Pharmacy seluruh negara.
Demi meraikan kejayaan ini, VitaHealth telah menjemput para pengamal media dalam majlis berbuka puasa bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia. VitaHealth turut berkongsi rancangan-rancangan yang bakal dianjurkan seperti pelancaran produk dan kempen-kempen promosi kepada para pelanggan yang dihargai.