Yamato Menyertai Fulfilment Partner Network iStore ISend untuk mengukuhkan Aspek e-Dagang

  • September 6, 2022
  • 2 min read
Yamato Menyertai Fulfilment Partner Network iStore ISend untuk mengukuhkan Aspek e-Dagang

Syarikat gudang-sebagai-satu-perkhidmatan (Warehouse-as-a-Service [WaaS) Malaysia mengembangkan keupayaan dengan penyertaan Yamato dalam Fulfilment Partner Network 

KUALA LUMPUR, 6 September 2022 – iStore iSend, sebuah syarikat e-pemenuhan yang menyediakan teknologi gudang-sebagai-satu-perkhidmatan (Warehouse-as-a-Service [WaaS], berjaya menarik penyertaan Yamato sebagai rakan kongsi rangkaian Fulfilment Partner Network (FPN) iStore iSend di Singapura. FPN akan membantu iStore iSend untuk meningkatkan sokongan operasi fizikal menerusi jalinan kerjasama dengan penyedia ruang dan sumber manusia dalam usaha iStore iSend mengharungi cabaran gelombang e-dagang.

“Yamato merupakan peneraju dalam pengedaran perniagaan ke perniagaan (B2B) dengan keupayaan perbatuan terakhir (last mile). Mereka berminat untuk menyertai pasaran e-pemenuhan di Singapura. Aspek sumber manusia dan kemudahan ruang yang sedia ada pada Yamato menjadikan kerjasama dengan iStore iSend satu langkah strategik”, kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Inisiatif Baru iStore iSend, Tommy Yong.

Dalam kerjasama ini, iStore iSend akan bertanggungjawab untuk memberikan latihan dan nasihat berkaitan sistem WaaS iStore iSend iaitu ODiN. Sementara, Yamato akan membekalkan kemudahan ruang dan sumber manusia. Kerjasama ini akan membantu iStore iSend untuk memanfaatkan pengalaman dan perkhidmatan Yamato dalam industri logistik dan rantaian bekalan merangkumi perbatuan pertama (first mile) dan perbatuan terakhir (last mile). Sementara, Yamato pula akan berkemampuan untuk mengembangkan tawaran perkhidmatannya dengan meneroka segmen e-pemenuhan di rantau Asia Tenggara.

“Kekuatan Yamato ialah penghantaran bungkusan-bungkusan kecil. Kami menguasai 50 peratus pasaran di Jepun dengan 70 juta keahlian dan kami menghantar lebih 5 juta bungkusan pada setiap hari. Kami berhasrat untuk meluaskan kehadiran kami ke Singapura, Malaysia, Thailand, dan negara-negara lain di Asia Tenggara menerusi jalinan kerjasama dengan iStore iSend yang memiliki teknologi tercanggih dan amalan terbaik dalam perniagaan e-dagang,” kata Pengarah Urusan Yamato Transport (S) Pte. Ltd., Shuji Yamauchi.

Kata Tommy Yong lagi, “FPN ialah komponen utama dalam platform WaaS iStore iSend yang membolehkan kami menawarkan pengurusan rantaian bekalan kepada setiap perniagaan tanpa mengira saiz mereka. Kami sudah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi yang berpotensi dalam industri perkhidmatan logistik dan menerusi FPN, kami mahu sama-sama maju dan berkembang dengan pihak-pihak yang berminat untuk menyertai sektor e-pemenuhan”.

Sejak menyertai FPN dalam suku pertama 2022, kedua-dua syarikat mencatatkan pertumbuhan yang ketara dan Yamato kini sedang dalam perbincangan untuk menyediakan ruang yang lebih luas kepada FPN.

Baru-baru ini, iStore iSend turut menyenaraikan syarikat logistik ternama, Kontena Nasional, sebagai rakan kongsi untuk mengembangkan rangkaian gudang-gudang yang menawarkan khidmat e-pemenuhan. Pada masa hadapan, iStore iSend merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat dengan visi sama dan berhasrat untuk meneroka dan menyertai industri e-pemenuhan WaaS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.