Bantu usahawan wanita melalui program liga usahawan wanita selangor 2023

  • April 12, 2023
  • 2 min read
Bantu usahawan wanita melalui program liga usahawan wanita selangor 2023

Petaling Jaya, 12 April 2023 – YB Hajah Rodziah Binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Selangor berhasrat membangunkan taraf ekonomi wanita dari keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal dan wanita asnaf melalui program keusahawanan Liga Usahawan Wanita Selangor dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) yang berjaya dilancarkan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya hari ini.


Program Liga Usahawan Wanita Selangor merupakan sebuah program berimpak tinggi dengan matlamat untuk memperkasakan wanita B40 melalui pembinaan kemahiran, ilmu dan sumber yang diperlukan untuk menjana pendapatan yang mampan melalui peluang perniagaan.

Program ini berteraskan latihan keusahawanan, sokongan mentor dari industri, sokongan kewangan dari segi pinjaman dan geran, dan juga rangkaian strategik komuniti perniagaan.


Pada fasa pertama program ini, seramai 100 usahawan wanita diberikan pendedahan melalui seminar mengenai perniagaan dan 20 orang peserta akan dipilih untuk menyertai kursus bimbingan keusahawanan bersama mentor dan diakhir program 10 orang peserta akan diberi peluang untuk membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni
Sultan Sharafuddin Alhaj, Raja Muda Selangor dan bakal dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Wanita Selangor.

Program ini dijadualkan bermula pada Mei sehingga Jun 2023 dan terbuka kepada semua
wanita B40, ibu tunggal dan wanita asnaf dari seluruh daerah di Selangor.


Bersempena dengan majlis pelancaran pada hari ini, pihak penganjur turut memberikan pendedahan kepada 100 usahawan wanita melalui seminar bertajuk “Usahawan Wanita dalam Perniagaan: Peluang dan Cabaran”.

Antara panel berpengalaman yang dibawa khas untuk seminar ini ialah Puan
Rabiatul Adawiyah yang merupakan seorang usahawan berasaskan makanan dan mendapat latihan di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS), Puan Siti Nabiha merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan urutan tradisional dan merupakan 10 peserta terakhir Liga Usahawan OKU Selangor
(SAY LEAD), serta Encik Lakshwin Muruga daripada Women of Will (WOW) yang merupakan sebuah organisasi yang memberi latihan pembangunan kepada wanita dari keluarga berpendapatan rendah.


Antara kriteria pemilihan peserta ialah:
Wanita dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,600, asnaf dan ibu tunggal
. Menjalankan perniagaan di negeri Selangor dan menetap di Selangor

Untuk penyertaan, usahawan boleh mendaftar melalui pautan https://tinyurl.com/LUWS2023
Penyertaan akan ditutup pada 1 Mei 2023. Usahawan yang terpilih akan dimaklumkan dan dihubungi oleh pihak penganjur.


Galeri gambar program:
https://tinyurl.com/PelancaranLUWS23
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi
Ketua Pegawai Eksekutif
Selangor Youth Community (SAY)
Email: azwa@selangoryouth.com
Phone: +6013 284 9045

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *