YPKPJM beri sumbangan kepada 50 keluarga warga polis, Desa Aman 2

  • August 1, 2022
  • 2 min read
YPKPJM beri sumbangan kepada 50 keluarga warga polis, Desa Aman 2

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2022 –  Yayasan Pelindung Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) dengan kerjasama Eko Indra Jaya Trading mengambil inisiatif memberi sumbangan bagi membantu 50 keluarga memerlukan di Kompleks Perumahan PDRM Desa Aman 2 dalam Karnival Inspirasi Keluarga Desa Aman 2 yang berlangsung pada 29-31 Julai 2022, baru-baru ini.

Menerusi Program Karnival Inspirasi Keluarga Desa Aman 2 itu, keluarga yang terlibat menerima sumbangan barangan keperluan asas meliputi beras, minyak, telur, susu dan pelbagai lagi serta barang-barang elektrik, keluarga yang terlibat meliputi anak yatim, ibu tunggal, sakit kronik dan OKU yang juga merupakan daripada kakitangan polis.

Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Yayasan Pelindungan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Tun Isham Safiee melalui Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner SAC Dato’ Hj Azman Ayob serta ditemani oleh Presiden Eko Indra Jaya Trading, Dato Dr Haji Eko Indrajaya dalam majlis tersebut.

Presiden Yayasan Pelindungan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) Datuk Tun Isham Safiee berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program khidmat sosial korporat (CSR) dalam membantu golongan memerlukan dalam meringankan beban mereka dalam kalangan warga kerja barisan hadapan seperti polis.

“Penyerahan sumbangan ini dapat membantu keluarga terlibat meringankan beban pembelian barangan keperluan asas mereka ketika dunia mengalami kenaikkan harga barangan asas yang tidak menentu serta peningkatan ekonomi di Malaysia,” katanya kepada UTV Media Malaysia pada majlis menyerahkan sumbangan itu dalam majlis di Kuarters Pegawai Kanan PDRM, Desa Aman 2 di sini pada Ahad, semalam.

Hadir sama Senior Asisten Komisioner SAC Dato’ Hj Azman Ayob, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur serta isteri, yang merasmikan program tersebut, kakitangan Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Presiden Syarikat Eko Indra Jaya Trading, Dato Dr Haji Eko Indrajaya dan kakitangan YPKPJM.

Dalam pada itu, Tun Isham berkata, pihaknya berharap agar sumbangan itu dapat memberi manfaat dan membantu semua keluarga terlibat khususnya ketika diuji selepas penularan pelbagai wabak penyakit seperti Covid-19.

“Insyaa ALLAH, dengan usaha ini yayasan kami dapat terus menabur bakti serta memberikan lebih banyak bantuan-bantuan lain kepada masyarakat,” katanya. -UTVMEDIAMSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *