KUBANG SEMANG – Malaysia terus mencatat kemajuan dalam agenda pendigitalan negara apabila Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diiktiraf secara rasmi sebagai Pusat Transformasi Digital (DTC) oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Pengiktirafan tersebut menjadikan NADI sebagai pusat ke-16 di dunia dalam rangkaian global ITU-DTC, sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia dalam memperluas keterangkuman digital, khususnya kepada komuniti luar bandar dan golongan kurang akses teknologi.
Majlis pengiktirafan yang berlangsung di NADI Kubang Semang, Permatang Pauh itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin kerajaan dan wakil antarabangsa.
Fokus Latihan & Pembangunan Usahawan Digital
Melalui inisiatif ini, MCMC menyasarkan untuk melatih 180,000 usahawan menerusi 18 modul yang ditawarkan di lebih 1,000 NADI di seluruh negara. Program ini turut disokong rakan strategik antarabangsa seperti Cisco Systems bagi memastikan latihan bertaraf global.
Selain itu, rakyat Malaysia juga berpeluang mendapatkan pensijilan digital antarabangsa, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dalam ekonomi digital. Kos Tambahan Kerajaan
Pelaksanaan program ini tidak melibatkan pertambahan kos kepada kerajaan kerana memanfaatkan kerjasama strategik sedia ada di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan Bertaraf Global
Kejayaan ini melengkapkan pencapaian NADI selepas meraih pengiktirafan World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 dalam kategori Capacity Building, khususnya melalui program di NADI Pulau Banggi, Sabahong Aspirasi Ekonomi MADANI
Pengiktirafan ini selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI, dengan MCMC komited memperkukuh peranan NADI sebagai platform pembangunan komuniti digital negara.



