PUTRAJAYA, 20 Jun – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon
Benedick berkata, Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan (M3PK) membincangkan isu-isu yang menjadi keprihatinan utama komuniti penjaja dan peniaga kecil negara.
Beliau berkata, M3PK juga menjadi platform memperkukuh kerjasama antara Kerajaan
dengan komuniti penjaja serta peniaga kecil.
“Bagi mesyuarat pertama tahun 2025 ini, sebanyak empat kertas pembentangan
dibincangkan selain daripada isu-isu yang menjadi keprihatinan utama golongan
penjaja dan peniaga kecil negara,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat M3PK
Bil. 1/2025, di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Sri Khairul Dzaimee Daud, Exco-exco
Kerajaan Negeri serta pimpinan persatuan penjaja dan peniaga kecil kebangsaan
serta wakil-wakil negeri.
Ewon berkata, Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara
2030 (D3PKN2030) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
pada 2 November 2024 bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan penjaja dan
peniaga kecil supaya lebih berdaya maju.
“Dasar ini juga bertujuan untuk menggalakkan peningkatan skala dan jaringan pasaran
ke arah perniagaan yang mampan. Dengan adanya D3PKN2030 ini, KUSKOP



