‘18th INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON POLYMER ELECTROLYTE’ (ISPE- 18) 23hb – 28hb Jun 2024, Langkawi, Kedah
KUALA LUMPUR: Persidangan International Symposium on Polymer Electrolytes (ISPE-18) yang dianjurkan oleh American Chemical Society (ACS) Malaysian Chapter bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan bakal berlangsung pada 23hb-28hb Jun 2024 ini menyediakan platform dalam
melahirkan saintis bertaraf dunia dan ke arah Saintis MADANI di mana ia memenuhi tiga tunjang asas MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan dan kreativiti.
ISPE-18 merupakan satu perhubungan yang tidak ternilai dimana ia menyatukan penyelidik, saintis, pendokong dan pemain industri dari seluruh dunia.
Ia adalah satu platfom untuk pertukaran pengetahuan, pandangan, penyelidikan, pengalaman dan inovasi terobosan dalam bidang elektrolit polimer.
Simposium ini mempunyai ciri khas untuk
menghimpunkan tokoh-tokoh terkenal, pemimpin-pemimpin industri yang berpengaruh untuk memacu sempadan teknologi elektrolit polimer dalam jangkauan masa hadapan.
Sejarah ISPE yang telah mula bersidang sejak 1987 dan diadakan hanya dua tahun sekali.
ISPE telah dianjurkan dipelbagai Negara di antaranya Italy, Perancis, Amerika Syarikat, Sweden, Jepun, Australia, Poland, Brazil, Portugal, dan Iceland. Penganjuran terakhir telah dihoskan di Kanada pada tahun 2022.
Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman telah terpilih untuk di adakan persidangan bertaraf dunia ini dan bakal menerima kehadiran hampir 300 orang penyelidik dan saintis pelbagai negara, 100 penyelidik
dan saintis tempatan, 1000 penyertaan pelajar didalam aliran dan bidang sains, beberapa pemain industri tenaga, beberapa pemain industri pelancongan serta lebih 1000 tetamu pelancongan negara luar ke Malaysia bagi meraikan persidangan yang bersejarah ini.
Pengiktirafan ini juga telah menjadikan
Malaysia adalah negara pertama dirantau Asia Tenggara sebagai penganjur.
Buat pertama kalinya dalam sejarah ISPE-18 telah dapat menarik penyertaan terbesar saintis dari China melalui inisiatif
syarikat NQ Cultural Commercial Sdn Bhd di dalam jalinan kerjasama antara penganjur IBC Sdn Bhd dengan Wuxi Federation Industry of Commerce China.
Ini menjadikan matlamat yang dirancang bagi mewujudkan perhubungan para penyelidik dan saintis antara Timur dan Barat.
Persidangan ISPE-18 kali ini akan tertumpu kepada tema yang telah diperbincangkan bersama mengikut keperluan semasa iaitu ‘Perlepasan Karbon Sifar Dengan Merevolusikan Tenaga Dengan Eletrolit Polimer Untuk Aplikasi Penyimpanan Tenaga’. Tema yang dipilih secara teliti
melalui kajian ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
SDG ini direka bentuk untuk memudahkan Pembangunan global
secara inklusif dan komprehensif untuk menangani cabaran global yang kritikal masa ini.
Dalam rangka kerja SDG, Matlamat 7,11 dan 13 mempunyai kepentingan tertentu, kerana ia berkaitan dengan tenaga Mampu Milik dan Bersih, Bandar dan Komuniti Lestari serta Tindakan Iklim.
Matlamat ini selaras dengan Plan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia dan berfungsi sebagai prinsip dan objektif asas yang membimbing organisasi ISPE-18.
Penganjuran ISPE-18 dijangka akan memberikan idea dan landasan dalam pembangunan teknologi storan tenaga hijau dan kenderaan (EV), sekali gus
merealisasikan matlamat Malaysia untuk mencapai perlepasan karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050.
Majlis sidang media ke-2 kali ini di Langkawi telah mendapat kerjasama dan sokongan diluar jangkaan penganjuran dimana pelbagai pemain industri pelancongan telah memberikan kerjasama didalam mencipta sejarah ISPE-18.
Antara yang telah memberikan sokongan bagi penganjuran ini adalah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) – agensi dibawah Kementerian Kewangan, Malaysia
Convention & Exhibition Bureau atau (MyCEB) -agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya, NanoMalaysia Berhad – agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi.
Dalam masa yang sama, pihak penganjur juga sedang dalam inisiatif untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama melalui surat permohonan kepada beberapa Kementerian serta agensi yang berkaitan termasuk memohon perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis kali ini juga akan menyaksikan satu pengiktirafan penganjur ISPE-18 terhadap Pulau Langkawi sebagai Scientific Island: Source of Inspiration.
Kami juga berbesar hati atas kesudian Yang Berbahagia En. Azad Bin Jasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad yang sudi melancarkan ISPE-18 peringkat lokasi Langkawi. Kami
melihat kesudian En Azad untuk bersama meraikan ISPE-18 di Langkawi sebagai komitmen sokongan kerajaan negeri Kedah, melalui agensinya kepada penganjuran ISPE-18 yang dibawa ke Langkawi.