Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatam AlQuran Sempena Bulan Ramadhan

  • January 12, 2024
  • 2 min read
Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatam AlQuran Sempena Bulan Ramadhan

Shah Alam – Kempen #FahamKhatamAlQuran oleh
Aplikasi Think Quran telah dilancarkan bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci umat Islam tersebut.

Think Quran menyasarkan pengguna aplikasinya dapat mengimarahkan bulan puasa tahun ini secara efektif dengan menggunakan kaedah pengulangan dengan modul yang berkesan.

Dengan tawaran modul yang ringkas dan padat, aplikasi Think Quran yang dinikmati oleh lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia ini amat berkesan bagi penghayatan al-Quran dalam masa yang singkat.

Semasa bulan ramadhan, aplikasi interaktif tersebut sesuai digunakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa di mana-mana sahaja yang membolehkan
pembelajaran dan penghayatan Al-Quran dilakukan dengan mudah.

Dalam pada itu, pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri di dalam aplikasi tersebut dengan mengambil masa hanya sebanyak 15 minit sehari.

“Bulan Ramadhan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal Al-Quran.

“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” kata Dato’
Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran.

Sementara itu, kempen #FahamKhatamAlQuran dilancarkan oleh Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran bersama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Kumpulan
Karangkraf.

Bagi mengakses kempen tersebut, pengguna boleh melawati laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.

Tawaran menarik bersempena dengan pelancaran kempen ini, Think Quran berbesar hati untuk menawarkan satu set percuma Al-Quran Amazing dengan setiap langganan seumur hidup Think Quran pada harga hanya RM 399.

Sama-sama kita semarakkan lagi bulan Ramadhan dengan penghayatan penuh melalui Al-Quran. Untuk keterangan lanjut layari https://thinkquran.com – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *