MALAYSIA YOUNG STAR AWARD 2026 MENGIKTIRAF KEJAYAAN GENERASI MUDA DAN MELANCARKAN BUKU BIOGRAFI MYSTARPEDIA EDISI PERTAMA

oplus_8593080320

SEREMBAN, 19 NOVEMBER 2026 – Malaysia Young Star Award 2026 melakar satu pencapaian bermakna dalam usaha mengiktiraf dan meraikan kejayaan, bakat serta sumbangan generasi muda menerusi sebuah majlis penganugerahan berprestij yang telah disempurnakan oleh Madam Karen Kasturi James, Setiausaha Agung Asian Democratic Leaders’ Alliance (ADLA).

(Kiri)Pengasas Malaysia Young Star Award, YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala

Inisiatif julung kali ini dianjurkan oleh Pertubuhan Inovasi Cemerlang (PIC) dengan kerjasama JC Scope Marketing, di bawah visi dan kepimpinan Pengasas Malaysia Young Star Award, YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala.Program ini menghimpunkan golongan anak muda berusia antara 8 hingga 18 tahun dari seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang telah mencipta pelbagai kejayaan serta pencapaian di peringkat negeri, kebangsaan, Asia, antarabangsa dan dunia.

Lebih daripada sekadar sebuah platform penganugerahan, inisiatif ini bertujuan mewujudkan ruang pengiktirafan yang bermakna dalam usaha menggalakkan perkembangan bakat, menyemarakkan budaya kecemerlangan serta memperkasakan generasi muda sebagai pemimpin masa hadapan negara.

MYSTARPEDIA – INISIATIF BERSEJARAH MENDOKUMENTASIKAN KEJAYAAN GENERASI MUDA

Antara pengisian utama majlis tersebut ialah pelancaran MYSTARPEDIA – Edisi Pertama 2026, yang diperkenalkan sebagai buku biografi pencapaian anak muda pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada dokumentasi kejayaan, pencapaian dan perjalanan inspirasi generasi muda yang cemerlang.

Penerbitan sulung ini memuatkan kisah pencapaian 14 penerima Malaysia Young Star Award, sekali gus menjadi satu dokumentasi penting untuk dijadikan sumber inspirasi dan rujukan kepada masyarakat, komuniti pendidikan serta generasi akan datang.Sebagai sebahagian daripada visi jangka panjangnya, Pengasas turut mengambil inisiatif memastikan buku MYSTARPEDIA ditempatkan di Perpustakaan Negara Malaysia, bagi membuka peluang kepada masyarakat, penyelidik dan generasi akan datang untuk mengenali serta menghayati perjalanan kejayaan anak-anak muda yang telah mencapai kecemerlangan.

Usaha ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam memelihara rekod pencapaian generasi muda Malaysia agar tidak hanya diraikan pada hari penganugerahan, malah dapat diwariskan sebagai dokumentasi inspirasi untuk masa hadapan.

MENGHARGAI PERANAN IBU BAPA DAN SOKONGAN KOMUNITI

Program ini turut memberikan pengiktirafan terhadap peranan penting ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak melalui pengorbanan, dorongan dan sokongan berterusan dalam membangunkan potensi serta bakat mereka.Sebagai tanda penghargaan, seramai 13 orang ibu bapa turut diberikan penghargaan khas atas komitmen dan dedikasi mereka dalam membimbing anak-anak mencapai kejayaan.Penganjuran program ini turut menerima sokongan daripada beberapa syarikat korporat dan organisasi komuniti termasuk Klana Resort Seremban, Narayana Tea Stall, Uniti Asia Group, HDH Bakeshop, MKU Malaysia Kalai Ulagam, MITRA FC Club serta beberapa rakan sokongan yang lain.

MEMBINA LEGASI UNTUK GENERASI MASA HADAPAN

Menurut Pengasas Malaysia Young Star Award, YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala, penganjuran Malaysia Young Star Award bukan sekadar sebuah platform pengiktirafan anugerah, sebaliknya merupakan satu komitmen jangka panjang dalam membangunkan bakat anak muda, menggalakkan inovasi serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi baharu negara.Melalui gabungan platform pengiktirafan dan penerbitan dokumentasi biografi, Pertubuhan Inovasi Cemerlang bersama JC Scope Marketing berharap agar inisiatif ini dapat berkembang sebagai satu platform berterusan yang mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk mencapai kecemerlangan serta menyumbang secara positif kepada masyarakat dan negara.

Pelancaran MYSTARPEDIA turut memperkukuhkan kepentingan mendokumentasikan kejayaan anak muda Malaysia sebagai sebahagian daripada warisan inspirasi negara untuk tatapan generasi.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *