Adrianna Cinta Keluarkan Single Terbaru Yang Bertajuk ‘Cinta Berlalu.’ Yang Sarat Dengan Emosi Khas Untuk Peminatnya Di TikTok

  • November 18, 2023
  • 4 min read
Adrianna Cinta Keluarkan Single Terbaru Yang Bertajuk ‘Cinta Berlalu.’ Yang Sarat Dengan Emosi Khas Untuk Peminatnya Di TikTok

Penyanyi dan penulis lagu muda yang berbakat, Adrianna Cinta, yang berusia 20 tahun, telah mencipta fenomena di platform TikTok dengan lagu-lagu sanduran ‘Galau’ yang merasuk jiwa. Kini memerakamkan satu lagi kejayaan dengan pelancaran single terbarunya yang diberi judul ‘Cinta Berlalu.’, hasil tulisan lirik yang datang daripada air tanganya sendiri.

Single terbaru ini dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia Adrianna Cinta yang sentiasa menyokongnya dalam menghasilkan lagu-lagu yang meruntun jiwa. Dengan ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna telah menjalankan tugas bak penglipur lara yang berkongsi cerita dan luahan perasaan kepada pendengar menerusi bakat dianugerahkan dalam lagu ‘Cinta Berlalu.’

“Lagu ini mengisahkan kisah tentang perasaan yang mungkin dirasakan oleh banyak individu seperti perasaan perit dan pahit yang menghantui diri apabila terpaksa melepaskan seseorang yang kita cintai, walaupun hubungan itu sudah berakhir, namun cinta itu tidak akan berlalu pergi bergitu sahaja dan berjanji untuk sentiasa disampingnya.” Jelas Adrianna apabila ditanyakan mengenai maksud lagu ini.

Selain itu, Adrianna menjelaskan bahawa lagu ‘Cinta Berlalu.’ ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti tajuknya juga terdapat tanda noktah ‘.’ yang menunjukkan bahawa cinta akan terus berlalu dan ia adalah keputusan yang tekad yang diambil apabila berakhirnya sebuah hubugan yang sejati itu. Pengajaran yang positif iaitu bahawa kita masih boleh ada di samping seseorang yang kita kasihi sebagai tanda sokongan dan punca bantuan dikala susah dan senang walaupun hubungan itu tidak seperti yang diharapkan pada awal perhubungan.

“Walaupun lagu ‘Cinta Berlalu.’ tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengalaman peribadi Adrianna, namum ia disampaikan dengan sepenuh hati kerana ia adalah luahan isi hati dalam penghayatan lagu itu. Lagu ini juga tidak hanya terhad kepada hubungan kekasih, tetapi juga hubungan antara individu yang kita rapat dan tersayang.” Tambah Adrianna lagi.

Dalam proses mencipta lagu ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna Cinta menulis lirik ini sepenuhnya dan tetapi lagu ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama istimewa dengan individu seperti Mas Dewangan dan Jova Devito, yang turut memberikan sentuhan kreatif untuk melengkapkan karya ini.

“Harapan Adrianna untuk lagu ‘Cinta Berlalu. ini adalah agar lagu ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran dalam percintaan tidak sihat agar sentiasa bangkit dan teruskan kehidupan dengan nafas yang baru” Kata Adrianna dengan penuh penghayatan.

Adrianna Cinta turut berkongsi beberapa tips tentang bagaimana untuk melangkah maju dalam kehidupan selepas mengalami perasaan perit. Menurutnya, penting untuk mencari kesembuhan, dan memberi fokus kepada diri sendiri supaya dapat meningkatkan prestasi diri dan mendapat kebahagian yang sebenar.

Selain itu, Adrianna Cinta merupakan seorang pelajar dalam bidang perniagaan di salah satu institusi pendidikan Malaysia, telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya walaupun menghadapi cabaran dalam pembahagian masa belajar dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Walau bagaimanapun lagu dihasilkan dalam masa seminggu untuk menyiapkan lagu ini,

Lagu ‘Cinta Berlalu.’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. 

Kredit:

Artis: Adrianna Cinta 

Tajuk: Cinta Berlalu.

Produser: Mas Dewangga

Komposer: Adrianna Cinta, Jova Devito dan Mas Dewangga

Penulis Lirik: Adrianna Cinta

Akaun Media Sosial Adrianna Cinta

Instagram: https://www.instagram.com/adriannacinta/

TikTok: https://www.tiktok.com/@adriannacinta

YouTube: https://www.youtube.com/@adriannacinta

Tentang Adrianna Cinta:

Adrianna Cinta adalah seorang penyanyi dan penulis lirik yang berbakat di Malaysia. Beliau terkenal di TikTok kerana sering melakukan lagu-lagu sanduran (lagu cover) bertemakan galau atau dikenali sebagai lagu jiwang dan telah memenangi hati ramai peminat sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sibuk dengan pelajarannya, Adrianna Cinta sentiasa memberi seratus peratus kepada bidang nyanyian dalam menghasilkan karya-karya muzik istimewa untuk peminatnya yang setia. ‘Cinta Berlalu.’ adalah single terbarunya yang menceritakan kisah perit melepaskan seseorang yang kita cintai.

Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd:

Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun-tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik, country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia.

Sebarang pertanyaan lanjut, promosi dan temu bual, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music Entertainment Malaysia:

Marketing and Promotion | maizatul.muharani@sonymusic.com (Mai) | +60 12-263 8460

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *