Amyra Rosli dinobatkan pengacara TV paling dipercayai

  • June 17, 2022
  • 2 min read
Amyra Rosli dinobatkan pengacara TV paling dipercayai

Petaling Jaya, 17 Jun 2022 – Baru setahun jagung menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, pengacara Nona TV3, Amyra Rosli telah dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai di malam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 (‘Reader’s Digest Trusted Brands and People
Awards’).


Amyra Rosli telah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Nona sejak 8 Ogos 2021 lalu. Kepetahan Amyra berbicara dengan gaya bersahaja telah membuat ramai penonton tertunggu-tunggu kemunculannya setiap minggu dengan topik menarik menyentuh isu-isu semasa berkaitan wanita dan keluarga.

Program Nona yang disiarkan pada setiap Ahad, pukul 2.00 petang ini telah berjaya menambat hati hampir 1 juta
penonton setiap minggu.

Kemenangan yang diraih ini ibarat mimpi menjadi kenyataan bagi ibu kepada Aqeef Anaki dan Ayra Aryssa. “Program Nona dilihat sebagai penggerak langkah untuk diri saya menimba pengalaman dalam dunia pengacaraan.

Pada masa yang sama, program ini juga memberi semangat kepada seluruh wanita
yang berada di luar sana kerana program ini menceritakan luahan dan perkongsian kisah realiti serta inspirasi dan kehebatan golongan kaum wanita. Saya berharap program Nona ini dapat memberi manfaat kepada penonton Nona”, ujar Amyra Rosli.


Pengalaman selama 13 tahun berada di hadapan kamera banyak membantu Amyra untuk mengacarakan program Nona dengan identitinya tersendiri seiring dengan aura personaliti program sebelum ini.


Antaranya, Puan Sri Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Datin Fouziah Gous, Mira Filzah, Uyaina Arshad dan Neelofa.


Terima kasih buat penonton setia di atas kepercayaan dan sokongan yang diberi kepada Amyra Rosli selaku pengacara Nona, dan tidak dilupa juga ucapan syukur diatas penonton sedia ada dan baharu Nona kerana sentiasa menjadikan Nona rancangan kegemaran anda.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *