Gandingan hebat Afieq Shazwan & Haqiem Rusli

PETALING JAYA, 17 JUN 2022 – Program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan terus menarik perhatian penonton dengan pelbagai kejutan dan aksi dari artis jemputan.
Pada minggu ini, pentas ICSYVMY5 membawakan dua penyanyi popular generasi baharu iaitu Afieq Shazwan dan Haqiem Rusli.
Mampukah penyanyi Layu Di Hujung Mekar dan Mimpi meneruskan kemenangan penyanyi senior mereka pada episod kali ini?
Afieq Shazwan dan Haqiem Rusli akan dibantu oleh Sufian Suhaimi, Sarah Suhairi dan Stacy sebagai panel penyiasat jemputan serta panel penyiasat tetap iaitu Janna Nick dan Andi Bernadee.
Pada episod kali ini, Datuk Rosyam Nor digantikan dengan Datuk Afdlin Shauki. Adakah Datuk Afdlin akan menjadi panel tetap sehingga penghujung musim 5 atau hanya untuk episod ini?
Dalam kalangan penyanyi misteri, Haqiem dapat mengenal pasti bahawa salah seorang dari peserta merupakan saingannya dalam salah satu pertandingan nyanyian yang pernah disertai suatu ketika dahulu.
Afieq Shazwan pula terkejut habis selepas salah satu pesertanya mendedahkan identiti sebenarnya.
Apakah yang membuatkan Afieq terkejut sebegitu rupa?
Situasi menjadi lebih gamat apabila Janna Nick nekad untuk berguling di atas lantai ICSYVMY!
Alamak, kenapa tu? Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi? Jangan terlepas untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia minggu ini!
I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my , menampilkan
Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.
Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan
perbualan di laman media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.