Tuesday, 17 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Jamuan Deepavali Eratkan Perpaduan Komuniti Berbilang Kaum di Ampang118 Meja Himpunkan Tokoh Filem Hong Kong dan Malaysia di Kluang, Dr Kervis Soo Eratkan Hubungan Industri KreatifFrac and SuprAI, a Member of SGX-Listed USP Group,Partner to Build Enterprise AI for Southeast Asia;Frac Receives Malaysia Book of Records RecognitionUniversiti Malaya Anjur Bicara Buku Syed Husin Ali, Cetus Kesedaran Generasi Muda

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

Memuat naik kandungan sumbang, jelik: Tindakan tegas boleh diambil

Semasa Teknologi admin

Putrajaya,16 Jun 2022 – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang telah memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.

Susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam. Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau keduaduanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *