Kuala Lumpur, November 2025 – Andaman Seafood & Dim Sum, jenama restoran makanan laut yang semakin dikenali dalam segmen keluarga dan korporat, mengumumkan perkembangan terbaharu melibatkan perluasan cawangan, pengiktirafan peringkat ASEAN serta perancangan agresif untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Cawangan pertama, Andaman Seafood Village Kuala Lumpur di Bukit Bintang, menawarkan ruang seluas 16,000 kaki persegi dengan kapasiti sehingga 400 orang, lengkap dengan ruang VIP, kawasan berpenyaman udara untuk 13 meja dan susun atur yang sesuai untuk perhimpunan keluarga, acara korporat dan majlis peribadi. Restoran ini menjadi tumpuan dengan pelbagai pilihan makanan laut segar serta suasana yang selesa untuk hiburan dan keraian.



Pengarah Urusan Kumpulan Andaman, Peter Tey, pemilihan lokasi yang strategik ini bagi menambahkan bilangan pelanggan yang mahukan keselesaan dan taraf makanan 5 bintang namun dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

“Kalau dibandingkan harga makanan kami dengan mana-mana Hotel 5 bintang, makanan kami lebih mampu dinikmati kerana lebih murah dengan konsep ‘live serafood” dimana para pelanggan dapat menikmati makanan segar yang sangat berkualiti”
Kejayaan tersebut diikuti dengan pembukaan Andaman Grand Ballroom, yang baru-baru ini menerima pengiktirafan daripada ASEAN Record sebagai “The First Live Seafood Restaurant to Win This Award”, menandakan pencapaian penting buat jenama. Cawangan ini turut menyediakan ruang acara berskala besar bagi majlis rasmi, persidangan serta acara korporat.
Cawangan ketiga, Andaman Seafood Sunway Resort, memperkenalkan konsep yang lebih eksklusif dengan kemudahan private room dan private dining hall, sesuai untuk acara keluarga, sambutan hari jadi, majlis tertutup dan perjumpaan korporat. Keistimewaan cawangan ini adalah pemandangan Sunway Lagoon yang digelar “million dollar view”, menjadikannya tarikan utama untuk pelanggan yang mahukan suasana premium.

Sebagai jenama yang mempromosikan keunikan gastronomi serantau, Andaman Seafood turut memperkenalkan 52 menu ASEAN meliputi 11 negara, termasuk Vietnam Popiah, Indonesian Curry Prawn, hidangan Thai, Singapore Hainan Chicken dan banyak lagi. Walaupun dikendalikan oleh chef tempatan, kesemua hidangan disediakan mengikut cita rasa autentik setiap negara.



Antara menu paling popular ialah Typhoon Shelter dari Hong Kong, Chili Crab, Tom Yum Prawn, Thai Lemongrass Steamed Fish dan Andaman Seafood Fried Rice, dengan lebih 200 pilihan hidangan keseluruhannya.
Cawangan Andaman Grand Ballroom kini telah memperoleh pensijilan halal, manakala cawangan lain sedang menunggu kelulusan setelah melalui proses standardisasi pembekalan dan operasi.
Melangkah lebih jauh, Andaman Seafood sedang merancang untuk membuka cawangan di luar negara, termasuk di Cambodia (kawasan pantai) dan Maldives, dengan lawatan penilaian lokasi dijangka berlangsung pada tahun hadapan.
Untuk memudahkan pelanggan, cawangan beroperasi setiap hari pada waktu berikut:
9.30 pagi – 3.30 petang dan 5.30 petang – 10.30 malam.



