ANGKASA rai rakan strategik melalui penganjuran majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA 2024
PETALING JAYA, 8 APRIL 2024 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhada atau ANGKASA meraikan hubungan baik rakan strategiknya melalui penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA 2024 yang telah diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Majlis sambutan yang diserikan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick menyaksikan kehadiran wakil dari Kementerian, Agensi Kerajaan, rakan strategik perniagaan ANGKASA dan juga warga koperasi di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan majlis ini diadakan bagi meraikan serta menghargai peranan yang dimainkan oleh pihak yang telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini yang telah telah memungkinkan gerakan ini berjaya mencatat perolehan RM64.5 Bilion pada tahun lalu.
“Sebagai badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan, ANGKASA menyatakan komitmen memperkukuh kerjasama dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), pemain industri utama dan juga Kerajaan Negeri dalam menyediakan ruang dan peluang untuk koperasi terus bergerak dan terlibat dalam aktiviti ekonomi berimpak tinggi.
ANGKASA juga bergerak seiring dengan Pelan dan Dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya dapat bersama mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya gerakan ini mampu untuk bersaing dalam pasaran terbuka.” Jelas Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.
Terdahulu beliau menyatakan sokongan kepada Deklarasi Jordan yang telah yang telah dibentangkan pada Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia dan Pasifik ke-11 pada 29 April 2024 dan turut dihadiri Menteri KUSKOP.
Jelasnya deklarasi ini merpakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dan koperasi untuk membangunkan ekonomi koperasi yang inklusif dan mampan khususnya di rantau Asia aPasifik.
Antara pengisian penting di dalam deklarasi tersebut adalah memperkukuh dasar rangka kerja undang-undang, dan strategi yang menyokong gerakan koperasi dan memudahkan integrasi ke dalam pelan pembangunan negara serta mengiktiraf koperasi sebagai platform berkesan dalam mencapai pertumbuhan negara yang inklusif dmampan seiring dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Dalam majlis sambutan ini sesi pertukaran perjanjian antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) yang diwakili oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Lembaga Pengarah (MHSB) dan Carbon Vault Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Reezan Bin Mohd Fadzil telah diadakan.
Untuk makluman MHSB telah menjalinkan usahasama bersama Carbon Vault Sdn Bhdb bagi menerajui Projek Karbon Kredit dalam pasaran Malaysia terutama dalam sektor koperasi.
Usahasama ini bertujuan untuk mengendalikan kredit karbon kepada koperasi dibawah naungan ANGKASA dan melantik MHSB sebagai agen eksklusif untuk Sektor koperasi.
Fokus projek ini adalah untuk memerangi perubahan iklim dengan mengimbangi jumlah pelepasan karbon hasil daripada aktiviti tertentu disamping menjana pendapatan sampingan tanpa sebarang modal dan kos.
Turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman antara ANGKASA yang diwakili Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa, dan Masamart Marketing Sdn. Bhd. diwakili penasihatnya Dato’ Shaharudin Ismail berkenaan platfrom ICOP untuk gerakan koperasi.
ICOP menyediakan platform bagi mendapatkan produk insurans atau Takaful dan pembaharuan cukai jalan bagi kemudahan warga koperasi dan penjawat awam ICOP juga memberi pembiayaan atas takaful dan insurans yang ditawarkan dengan kadar faedah 0%. Kaedah pembayaran yang mudah dan cepat secara tanpa tunai atau ansuran melalui potongan gaji ANGKASA.
ANGKASA turut menyampaikan sumbangan bersempena dengan majlis sambutan ini mana ianya diserahkan kepada anak yatim Pusat Jagaan Darul Sakinah, anak yatim kakitangan ANGKASA dan kakitangan kelainan upaya.