APFF62 Rai Bintang Asia di Kuala Lumpur — Syafiq Kyle & Simon Yam Curi Tumpuan Dengan Pengiktirafan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 6 Disember — Kuala Lumpur kembali bersinar sebagai pusat perfileman Asia apabila Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (APFF62) berlangsung dengan penuh gemilang di Auditorium Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia-Pacific (FPA) dengan sokongan FINAS, Tourism Malaysia dan Lomo Pictures, acara berprestij ini menghimpunkan penggiat seni dari seluruh rantau untuk meraikan kecemerlangan sinema Asia.
Tahun ini bukan sahaja menyaksikan persaingan karya terbaik Asia, tetapi turut menobatkan dua figura berpengaruh — Syafiq Kyle dan Simon Yam — yang mencuri tumpuan dengan pengiktirafan bertaraf antarabangsa.
Simon Yam Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: “Ini Bab Baharu Dalam Hidup Saya”
Acara kemuncak malam festival menyerlahkan detik istimewa apabila ikon perfileman Hong Kong, Simon Yam (任达华), menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan terhadap lebih empat dekad sumbangannya kepada dunia filem Asia.
Dalam ucapan penuh rendah hati, beliau berkata:
> “Terima kasih kepada Asia Pacific Film Festival. Penghargaan ini membuka bab baru dalam hidup saya. Walaupun saya telah menghasilkan ratusan filem, saya tetap ingin belajar lebih banyak.”
Simon turut berkongsi minat mendalam untuk meneroka teknologi terkini dalam dunia film:
> Apabila saya kembali ke Hong Kong, saya akan ke syarikat AI untuk belajar lebih mendalam. Kita perlu terus berkembang untuk menghasilkan filem yang lebih baik.”
Beliau turut memuji Malaysia sebagai lokasi penggambaran yang semakin popular:
> “Malaysia sangat cantik, kru di sini sangat baik. Banyak produksi China memilih Malaysia. Tahun lepas saya berada di Pulau Pinang untuk siri TV.”
Selain itu, beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pembikin filem Malaysia pada masa akan datang.
Syafiq Kyle Dinobatkan FPA Asia-Pacific Rising Icon Award
Pelakon Malaysia, Syafiq Kyle, turut mencipta sejarah tersendiri apabila menerima FPA Asia-Pacific Rising Icon Award, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai bakat serantau yang semakin diperhatikan.
Dalam ucapannya, Syafiq berkongsi rasa syukur:
> “Saya rasa bangga dan bersyukur sangat. Pengiktirafan ini beri saya semangat untuk teruskan kerjaya, mungkin ke luar negara dan bekerjasama dengan pengkarya yang bukan dari Malaysia.”
Beliau turut mendedahkan bahawa pernah menerima tawaran dari Indonesia, India dan Thailand, namun rezeki belum berpihak untuk merealisasikannya.
> “Ada tawaran, cuma mungkin belum rezeki. Tapi saya percaya rezeki tu ada di mana-mana.”
Syafiq turut menyebut beberapa nama pemenang APFF terdahulu yang memberi inspirasi kepadanya:
Fabian Loo
Azira Shafinaz
Menurut Syafiq, kemenangan ini bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi juga suntikan semangat untuk seluruh komuniti kreatif Malaysia:
> “Ini motivasi untuk semua — depan kamera, belakang tabir. Malaysia ada ramai talented person yang bekerja keras dan layak menerima lebih banyak pengiktirafan.”
Dari segi kerjaya, Syafiq kini sedang membuat persediaan untuk kembali ke set Takluk 2: Lahad Datu hujung Disember ini, sebelum meneruskan komitmen seterusnya menerusi projek Blood Brothers 2 selepas Hari Raya.
🎬 12 Filem Terbaik Asia Bertanding di APFF62
6AM (Iran)
Crocodile Tears (Indonesia)
An Unfinished Film (Singapura)
Happyend (Jepun)
LUZ (China)
Crawling Crows: AANKHA (Nepal)
Shambhala (Nepal)
Saba (Bangladesh)
The Roots (Bangladesh)
Shadowbox (India)
Regretfully at Dawn (Thailand)
I Kill U (Korea)
🏆 Senarai Pemenang Utama APFF62
Kategori Pertandingan
Filem Pendek Terbaik: Come Find Me
Anugerah Media Baharu Terbaik: 血色同学会
Skor Muzik Asal Terbaik: SHAMBHALA
Suntingan Terbaik: LUZ
Skrip Asal Terbaik: SHADOWBOX
Sinematografi Terbaik: HAPPYEND
Lakonan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Rokeya Prachy – SABA
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Xiao Dong Guo – LUZ
Pelakon Wanita Terbaik: Tillotama Shome – SHADOWBOX
Pelakon Lelaki Terbaik: Yukito Hidaka – HAPPYEND
Anugerah Utama
Pengarah Terbaik: Neo Sora – HAPPYEND
Filem Terbaik: Crawling Crows: AANKHA
🌟 Anugerah Khas APFF62
Special Jury Award: Blood Brothers: Bara Naga
FPA Most Promising Icon Award: Lin Min Chen
FPA Cultural Impact Award: Kungfu Juniors, arahan Gao Zhisen
Kuala Lumpur Terus Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Hab Sinema Asia
Dengan penyertaan filem-filem berkualiti tinggi, penyampaian anugerah berprestij, serta kehadiran bintang ikonik seperti Simon Yam, Syafiq Kyle dan Lin Min Chen, APFF62 membuktikan bahawa Kuala Lumpur layak berdiri sebagai pusat perfileman terkemuka Asia.
Edisi ke-62 ini bukan sahaja meraikan seni, tetapi membuka lembaran baharu dalam hubungan kreatif serantau, sekaligus memacu perkembangan industri sinema Asia Pasifik ke peringkat lebih global.





