‘Moevd’ Aplikasi tempahan pakej umrah pertama di Malaysia! Muat turun sekarang!

  • August 16, 2022
  • 2 min read
‘Moevd’ Aplikasi tempahan pakej umrah pertama di Malaysia! Muat turun sekarang!

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2022 – Moevd Groups Sdn Bhd telah melancarkan satu aplikasi Moevd iaitu aplikasi gaya hidup termasuk tempahan pakej umrah, perlindungan Takaful, perkhidmatan e-hailing, perkhidmatan penghantaran makanan dan perkhidmatan penghantaran dokumen dan bungkusan.

Bersama rakan strategik, hari ini telah melakukan pemeteraian memorandum persefahaman kerjasama strategik bersama persatuan agensi pelancongan umrah dan haji (PAPUH) dan syarikat insurans Zurich Malaysia.

PAPUH bakal membuka peluang kepada semua agensi umrah di Malaysia yang berdaftar dengan PAPUH dalam mengembangkan agensi umrah mereka di aplikasi Moevd.

Menerusi aplikasi ini, agensi umrah boleh menawarkan semua pakej umrah sepanjang tahun kepada bakal jemaah umrah secara dalam talian.

Zurich Malaysia akan menawarkan pelan takaful perjalanan untuk pelanggan yang membeli pakej umrah di platform Moevd, selain takaful kenderaan dan kemalangan diri.

MOU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Moevd Groups Sdn Bhd, Zumy Zuheidy, berserta Presiden PAPUH, Dato Sri Razali bin Mohd Sham, dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman.

Ketua Pegawai Eksekutif Moevd, Zumy Zuheidy berkata, aplikasi Moevd ini akan menjadi platform ‘aggregator’ pertama di Malaysia yang boleh menawarkan pelbagai pakej umrah di bawah satu platform.

“Pelanggan boleh membuat perbandingan dan memilih pakej umrah yang terbaik unruk diri sendiri atau keluarga secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” jelasnya.

Presiden PAPUH berkata, dengan adanya perkhidmatan Moevd Umrah ini, semua agensi berdaftar di bawah PAPUH boleh menggunakan platform ini untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan umrah mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif, Zurich Takaful berkata, kerjasama bersama Moevd dalam perlindungan takaful, persediaan ini sangat penting dalam ketenangan untuk menunaikan umrah.

Moevd merupakan aplikasi Gaya Hidup, yang menghubungkan komuniti setempat, perkhidmatan mudah, mesra pelanggan dan boleh dipercayai.

Aplikasi Moevd dibangunkan untuk memenuhi permintaan dengan hanya satu butang pada telefon pintar.

Melalui platform ini, orang ramai boleh mengakses pelbagai perkhidmatan untuk kehidupan seharian sesuai dengan slogan Moevd iaitu ‘Smile In Every Movement:

Untuk makluman lanjut mengenai aplikasi Moevd, boleh muat turun di aplikasi Play Store dan layari Facebook, Instagram dan Laman Sesawang moved.com. – UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *