BANDINGKAN PAKEJ MENARIK TAHUN INI DI KARNIVAL HAJI, UMRAH DAN PELANCONGAN 2024 (JANGKAAN KEHADIRAN 10,000 PENGUNJUNG)

  • January 17, 2024
  • 3 min read
BANDINGKAN PAKEJ MENARIK TAHUN INI DI KARNIVAL HAJI, UMRAH DAN PELANCONGAN 2024 (JANGKAAN KEHADIRAN 10,000 PENGUNJUNG)

KUALA LUMPUR 15 JANUARI 2024 – Jangan lepaskan peluang ini untuk anda bakal haji dan umrah hadir untuk melihat sendiri pakej -pakej menarik yang sudah pasti ianya menepati pilihan bajet anda, walaupun pihak TH masih belum mengeluarkan senarai nama yang terpilih untuk tahun ini namun tidak salah jika anda sendiri hadir melihat dan mengkaji serta membandingkan sendiri pakej-pakej yang akan disediakan nanti.

Acara karnival iyang kali ke 2 diadakan selama 3 hari juga akan mensasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung. Pengalaman matang sebelum ini mengendalikan karnival amat terbukti besar apabila setiap isu dan perincian dapat dikenalpasti. Langkah penyelesaian segera dilaksanakan bagi menepati citarasa anda

Dalam satu sidang media yang diadakan baru baru ini Tabung Haji (TH) serta kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia atau Bumitra Malaysia banyak memberikan tips serta langkah awal bagaimana dapat menyelesaikan apa jua isu risiko yang biasa berlaku dalam pemilihan pakej, jadi jangan jangan lepaskan untuk hadir dan berbincang awal berkaitan pakej.

Karnival yang merupakan anjuran tahun kedua ini akan diadakan bermula daripada
19 hingga 21 Januari 2024 di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC),
Sepang bakal menghimpunkan 25 syarikat pelancongan tempatan yang telah
diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim Haji 1445H/2024 di
mana syarikat-syarikat ini akan mempromosikan pelbagai pakej menunaikan haji untuk ditawarkan kepada bakal-bakal jemaah haji.

Menurut Presiden Bumitra Malaysia, Harun KC Ahmmu, penganjuran karnival
tahun ini membawa kelainan kerana para pempamer akan turut mempromosikan
tawaran menarik untuk pakej umrah dan juga pelancongan yang disediakan oleh
syarikat masing-masing.

“Bumitra Malaysia amat berterima kasih kepada pihak TH yang menyediakan
peluang bagi memperkenalkan syarikat-syarikat PJH untuk berkongsi kepada
bakal-bakal haji secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya
tawaran pakej haji swasta yang ditawarkan bagi memberi lebih pilihan serta nilai
tambah kepada mereka mengikut kemampuan serta tawaran pelbagai pakej
umrah dan pelancongan merentasi serata negara”

“Kami percaya dengan persediaan yang rapi di samping tempoh pameran yang
lebih panjang, pengisian yang padat dan menarik serta kawasan pameran yang
lebih uas memuatkan sehingga 140 reruai akan dapat menarik lebih ramai
pengunjung untuk penganjuran tahun ini.

Selain daripada penyertaan kesemua 25
syarikat PJH sebagai pempamer, kami juga berbesar hati dengan sokongan
daripada syarikat-syarikat seperti Bank Islam, AMAL (Malaysia Airlines), Takaful
Malaysia Berhad dan Saudi Tourism Authority yang turut menyertai karnival ini
sebagai pempamer”, ujarnya lagi
Pengarah Eksekutif Haji, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula berkata
karnival tahun ini diadakan sebagai kesinambungan atas kejayaan penganjuran
pertama pada tahun lepas di samping ingin meningkatkan kesedaran masyarakat
umum kepentingan untuk memilih syarikat pengendali Haji yang menerima lesen
PJH.

Alhamdulillah, penganjuran pertama Karnival PJH pada tahun 2023 yang lalu telah
mencapai sasaran dan menerima kehadiran lebih 5,000 orang pengunjung. Atas
permintaan dan maklumbalas ramai, kami teruskan karnival ini pada tahun ini
dengan membawakan pelbagai kelainan dan penambahbaikan”
“Karnival ini juga menjadi serampang dua mata iaitu selain mempromosi pakej haji,
umrah dan pelancongan, iajuga menjadi salah satu platform untuk menyampaikan
kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sah sahaja yang boleh
menawarkan perkhidmatan pengelolaan haji”, katanya Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 yang akan diadakan selama tiga hari ini adalah terbuka secara percuma kepada pengunjung dan akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada 19 dan 20 Januari. Manakala, pada 21 Januari pula, karnival akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Selain daripada tawaran pakej haj, umrah dan pelancongan, pelbagai aktiviti
menarik turut disediakan buat para pengunjung antaranya program simulasi haji
untuk kanak-kanak, persembahan daripada artis nasyid terkenal, program bual
bicara, kuiz dan juga cabutan bertuah khusus untuk para pengunjung dengan
tawaran hadiah yang lumayan termasuklah pakej menunaikan umrah- Utvmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *