Bank Rakyat Lancar Kad Kredit-i patuh Syariah di Muslimah Sempena Muslimah Fest 20-22 Dis 2024

  • December 21, 2024
  • 3 min read
Bank Rakyat Lancar Kad Kredit-i patuh Syariah di Muslimah Sempena Muslimah Fest 20-22 Dis 2024

Kuala Lumpur, 21 Disember 2024 – Bank Rakyat memperkenalkan My First Credit Card-i, Kad Kredit-i patuh Syariah, khas untuk generasi muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan sempena Muslimah Fest 2024.

Berbeza dengan Kad Kredit-i sedia ada di pasaran, My First Credit Card-i menawarkan pelbagai kelebihan seperti; Pelan Ansuran 0% yang mana pembelian serendah dengan pilihan ansuran 6, 12, atau 24 bulan serta Enhanced Rakyat Reward Points yang membolehkan pemegang kad mendapat 5x mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM10 dalam talian dan 1x mata ganjaran untuk pembelian di kedai fizikal.

Dalam ucapan perasmiannya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, inisiatif ini merupakan simbol komitmen Bank Rakyat dalam menyokong usahawan dan perkembangan industri fesyen Muslimah tempatan, disamping memperkasa penjenamaan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat.

“Bank Rakyat sentiasa komited dalam memenuhi kehendak pelanggan kami seiring dengan keperluan semasa. Produk seperti My First Credit Card-i bukan sahaja melengkapkan gaya hidup kewangan generasi muda tetapi juga menyokong agenda Kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai, menerusi transaksi digital seperti Kad Kredit-i, Kad Debit-i, i-MerchantRAKYAT dan QR DuitNow Bank Rakyat,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pencarian jutawan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus turut sedang dijalankan yang mana cabutan akan dilakukan pada Januari 2025.

Orang ramai disarankan untuk merebut peluang bergelar jutawan menerusi produk Akaun Pelaburan-I Rizq Plus ini dengan mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM5,000 dalam akaun tersebut pada 31 Disember 2024.

Baru-baru ini, Bank Rakyat menyampaikan hadiah Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-I fasa pertama yang berlangsung dari 1 September hingga 30 November 2024 lalu kepada seramai 73 orang pemenang bertuah dengan hadiah utama berupa kereta elektrik BYD Atto 3, motosikal BMW CE 04, baucar menunaikan umrah atau percutian bernilai RM20,000 untuk dua orang serta banyak lagi hadiah istimewa lain.

Susulan sambutan luar biasa bagi fasa pertama kempen ini, Bank Rakyat melanjutkan kempen ini bermula 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025 sempena sambutan tahun baharu, agar lebih ramai lagi pelanggan setia Bank Rakyat berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa keseluruhan bernilai RM400,000.

“Sempena bulan Ramadan dan Syawal 2025 yang bakal tiba tidak lama lagi, Bank Rakyat juga telah merancang pelbagai kempen menarik dengan tawaran hadiah yang lebih istimewa untuk pelanggan setia kami,” tambah Ahmad Shahril.

Dalam 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Muslimah Fest 2024 yang mana buat julung kalinya dianjurkan oleh Bank Rakyat di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur.

Festival selama 3 hari ini pada 20-22 Disember 2024 menghimpunkan 70 jenama muslimah terkenal seperti Rockqueen by Ella, Alhumaira, dan WARDAH beauty dengan tawaran diskaun sehingga 70%, hadiah Cabutan bertuah bernilai RM60,000 serta pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *