Bekas Juara Merampas Takhta Sebagai Duo Terbaik di Minggu Ketiga!

Petaling Jaya, 3 Januari 2023 – Anak kepada Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang merupakan bekas juara episod pertama di musim lalu kembali merampas takhta sebagai duo terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah juara mingguan sebanyak RM10,000!
Corak persembahan dua beradik ini yang menyampaikan lagu ‘Khayalan’ nyanyian asal kumpulan Black Dog Bone, berjaya membawa penonton menggamit memori zaman 60an & 70an dengan menampilkan gaya dan tarian Retro mereka tersendiri.
Minggu ketiga Famili Duo ini menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular ini berentap membawa persembahan yang bertemakan ‘Retro 60an & 70an’.Titik peluh Zaki dan Yamani pada minggu ini
membuahkan hasil sekaligus membawa mereka ke tempat ketiga dengan markah keseluruhan sebanyak 165.8%.
“Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami minggu ini walaupun juri menegur kami membuat beberapa kesilapan dalam persembahan.
Namun kami amat bersyukur dan kami menganggap kemenangan yang tak disangka ini adalah rezeki atas titik peluh kami. Kami amat berterima kasih juga kepada peminat-peminat yang tak henti-henti mengundi kami kerana kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa anda semua,” menurut Zaki dan Yamani.
Selain daripada pasangan ini, pasangan Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique turut menarik perhatian ramai dengan persembahan memukau yang menerapkan tema Black & White dalam membawa lagu Mas
Mona sehingga menempatkan mereka di tangga yang kedua untuk minggu ini dengan markah 61.6% dan mereka turut menerima kritikan yang positif daripada juri, Ajai dan Mas Idayu.