US Pizza Memenangi Anugerah Emas dalam Anugerah Francaisor Harapan Terbaik Bagi Tahun 2022

  • January 4, 2023
  • 3 min read
US Pizza Memenangi Anugerah Emas dalam Anugerah Francaisor Harapan Terbaik Bagi Tahun 2022

PUTRAJAYA: Terkenal dengan penjualan piza Amerika yang diselitkan dengan citarasa tempatan, US Pizza menyerlah dalam kalangan pesaing kerana berani dan inovatif dengan ciptaan pizza baharu.

“Kami suka menjadi kreatif dan menyepadukan citarasa tempatan ke dalam piza kami dari
semasa ke semasa. Pelanggan kami tertarik dengan piza bukan konvensional kami. Maklum balas positif juga mendorong kami untuk terus mempromosikan perisa tempatan kami,” kata Jeremy Hiew, pemilik kedai US Pizza yang berkembang pesat di Malaysia.

Encik Jeremy Hiew yang merupakan jurubank pelaburan dan juga penggemar pizza yang
mempunyai kenangan indah sewaktu mengunjungi kedai US Pizza semasa zaman
kanak-kanaknya di kampung halamannya, Greenlane, Pulau Pinang.

Beliau kemudian mengambil alih US PIZZA pada 2015. Beliau juga memperoleh pemilikan perniagaan itu setelah mengetahui tentang persaraan Donald Duncan, pengasas, warganegara Amerika Syarikat, berminat untuk menjual perniagaan dengan harapan untuk mencari pelabur yang bersemangat untuk meneruskan pengabdiannya dalam pizza dan dalam perniagaan.


Walaupun beliau tidak ada pengalaman dalam industri F&B, Jeremy dan pasukannya bermula dengan perlahan dan tidak melakukan sebarang perkembangan perniagaan pada
tahun pertama mereka.

Pada tahun 2019, pasukan tersebut mempunyai rancangan hebat untuk mengembangkan perniagaan, tetapi pandemik melanda seluruh dunia pada tahun tersebut.

Walaupun terdapat banyak sekatan dan cabaran dalam beberapa tahun kebelakangan akibat pandemik, US Pizza terus menjadi salah satu perniagaan yang berjaya melalui cabaran tersebut dan mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan dalam masa pandemik.

Sehingga hari ini, US PIZZA telah mencecah lebih daripada 90 cawangan di seluruh negara dengan kadar pertumbuhan yang luar biasa memandangkan ia hanya mula berkembang pada 2019 iaitu sewaktu pandemik Covid-19 melanda dan pembukaan cawangan pertama di luar Pulau Pinang, yang merupakan cawangan keenam mereka di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, sikap berani dan inovatif adalah elemen penting yang menyumbang
kepada pertumbuhan eksponen perniagaan pada tahun-tahun lalu.

Sasaran utama perniagaan adalah melancarkan menu baharu setiap tiga bulan serta mengikuti permintaan pasaran yang sentiasa berubah.

Sesebuah perniagaan juga hendaklah sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan mendapat kepercayaan daripada francaisi. Beberapa piza popular yang dicipta dalam dua tahun lalu, antaranya pizza Cendol, pizza Cempedak, pizza Durian, pizza Telur Masin yang menjadikan US Pizza lebih dikenali dalam mengukuhkan kedudukan jenama.

US Pizza meraikan kemenangan Anugerah Francaisor Harapan Terbaik Bagi Tahun 2022 di Majlis Makan Malam Anugerah Francais Malaysia (AFM) ke-24, bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof dan Pengerusi Presiden Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 80 pilihan lazat pada menu kami. Usaha ini telah berjaya menjadikan US Pizza sebagai pemenang Anugerah Emas dalam Anugerah Francaisor Harapan Terbaik bagi tahun 2022.


“Kami sangat gembira kerana menerima pengiktirafan tersebut , dan ia pastinya berita
terbaik yang disampaikan kepada kami sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai.

Anugerah ini menekankan komitmen pasukan dan usaha berterusan dalam menyumbang untuk menghasilkan jenama yang inovatif. Demi terus melangkah ke hadapan, kami akan terus kekal fokus, gigih dan komited serta tidak akan berhenti mencipta dan meningkatkan
pengalaman pelanggan melalui ciptaan kami,” kata Jeremy, selepas menerima berita hebat
itu pada malam Anugerah Francais Malaysia (AFM) ke-24, Khamis lalu, oleh Persatuan
Francais Malaysia (MFA).

US Pizza baru-baru ini meraikan perkembangan luar negara pertama kami di Jakarta dan merupakan cawangan pertama kami di luar Malaysia sejak pengambil alih perniagaan.

Kami turut menyasarkan untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam pada tahun-tahun akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *