Bell Ngasri Kini Tokey Sambal Gepuk Jenama Sambell’s

  • November 20, 2024
  • 2 min read
Bell Ngasri Kini Tokey Sambal Gepuk Jenama Sambell’s

Isnin, 19 November 2024 – Pemenang Anugerah Bintang Popular 2023, Bell Ngasri kini mengorak langkah baru dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan produk baru sambal gepuk jenama Sambell’s.

Tercetusnya Idea asal Sambell’s kerana sering makan sambal pedas bersama rakan ditambah pula gorengan Ayam yang sedikit garing.

Dalam sesi temubual selepas pelancaran ringkas Sambell’s baru-baru ini Bell berkata
” Sebagai peminat Nasi Ayam Gepuk, Sambell’s ni sama dekat tekak saya, dan saya harap orang dapat terima apa yang sedap bagi saya. Saya nak kongsikan selera saya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu, sambal gepuk juga kurang dipasarkan dan tidak ada orang buat lagi, jadi Bell Ngasri mengambil peluang untuk mengeluarkan resepi sambal gepuk jenama Sambell’s.

Bell Ngasri berkata, wujudnya Sambell’s kerana terinspirasi melihat kejayaan kawan-kawan sekolahnya.

“Bermula saya berjumpa dengan kawan-kawan dari bangku sekolah, bagi idea untuk buat sambal tu, dia bagi nama ‘Sambell’s’, saya kata sedap juga nama tu! Rakan niaga bersama kawan sekolah, Umar, Pakli dan Nur Farhana, isteri Bell Ngasri.

” Idea datang sebab saya suka makan ayam gepuk dan idea bersama kawan-kawan sekolah saya, saya nak kongsi kan selera saya pada orang ramai, saya harap kena dengan tekak orang lain.

” InshaAllah klu dapat sambutan saya akan buat lebih banyak jenis Sambell’s,” katanya

Sahabat sekolah Bell, Umar Imran berkata, buat masa ini kami keluarkan sebanyak 1000 botol untuk lihat permintaan pasaran, kami juga mengambil berat jika ada feedback orang ramai untuk meningkatkan rasa dan kualiti produk Sambell’s ini.

“Level kepedasan mengikut tekak masing-masing, ada yang kata tidak pedas, ada yang kata pedas, apa apa pun kami akan improve untuk batch yang kedua nanti yang lebih baik.

“Harga RM18 sebotol sebanyak 180 gram boleh dapatkan dekat Tiktok dan Shopee, buat masa ini kita fokus kepada sambal gepuk dulu capai jualan sehingga akhir tahun ini dalam 100,000 botol.

Turut hadir memberi sokongan ibu, dan adik beradik seperti Anne dan Darling Ngasri serta rakan rakan artis seperti Lana Nordin dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *