Bila kepercayaan dikhianati.. Aku tanpa cintamu mengisi slot drama TV

Petaling Jaya, 15 September 2022 – Setelah sekian lama tidak memegang watak hero kegemaran ramai, Zamarul Hisham kini kembali ke kaca skrin TV3 dengan gandingan hebat bersama Bella Astillah dalam drama terbaharu “Aku Tanpa Cintamu”.
Watak antagonis Zamarul Hisham sebagai Adam seolah nakhoda yang mengawal setiap gerak geri Nuha yang dilakonkan oleh Bella Astillah.
Aku Tanpa Cintamu akan menemui penonton di slot Samarinda mulai 15 September 2022, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.
Drama bersiri 15 episod iaitu Aku Tanpa Cintamu adalah terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan arahan Emi Suffian. Drama yang bakal menyuntik pelbagai perasaan daripada penonton ini menggandingkan pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan ramai lagi.
Sejak mula berkenalan di set penggambaran, Adam (Zamarul Hisham) merasakan seorang pelakon tambahan dalam drama diarahkannya, Nuha (Bella Astillah) menepati ciri-ciri isteri yang dicari. Nuha dilihat sebagai seorang wanita yang mudah dikawal dan dibentuk oleh Adam.
Dalam pada masa yang sama, dia telah mula mengatur langkah untuk memenangi hati Nuha dan ingin menjadikan Nuha sebagai isterinya.
Adam mula menunjukkan segala kebaikan untuk mendapatkan kepercayaan Nuha kepadanya,.membuatkan Nuha terpedaya dengan perwatakan Adam.
Walau usia perkenalan mereka sangat singkat, Adam dan Nuha nekad untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, perasaan bahagia di fasa awal perkahwinan mereka mula pudar dan topeng Adam mulai terbuka sedikit demi sedikit. Adam yang disangkakan seorang yang baik dan penyayang semakin mengawal pergerakan dan perbualan Nuha.
Selepas dijauhkan dari keluarga dan rakan-rakannya, semua yang dilakukan Nuha serba kekurangan di mata Adam. Seluruh hidupnya semata-mata untuk memenuhi cita rasa dan keperluan Adam yang melampau. Nuha mula merasakan bahawa ini bukanlah perkahwinan yang diimpikannya.
Dapatkah Nuha mencapai kebahagiaan yang dicari? Mampukah Nuha bertahan dan menempuh segala dugaan dalam hidupnya bersama Adam? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Aku Tanpa Cintamu
yang menarik dan menyayat hati ini melalui slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.