Peserta gerun dengan cabaran lakon – layar bersama sutradara Ellie Suriati!
Petaling Jaya, 16 September 2022- FIT FOR ACTION sebuah program pertandingan realiti dalam mencari pelakon versatil Malaysia melalui cabaran fizikal dan lakon-layar diteruskan dengan cabaran bersama sutradara Ellie Suriati.
Ia sering menjadi impian kepada penggiat seni untuk bekerjasama dengan seorang yang berprofil tinggi dalam industri seni dan mempunyai auranya tersendiri, adakah para peserta sudah bersedia untuk menyahut cabaran yang diberikan oleh beliau?
Mampukah para peserta mencapai
tahap dan harapan Ellie Suriaty? Seperti biasa, juri cabaran fizikal Nana Al- Haleq akan menilai kecerdasan para peserta dalam menempuhi
dan melepasi halangan dalam cabaran fizikal. Pada kali ini, para peserta harus mengharungi 3 halangan iaitu Tyre Flip, Rope Climb dan Hands on Fire.
Semakin sukar cabaran fizikal buat para peserta dari minggu ke minggu sehingga ada yang tidak dapat mengatasi cabaran. Siapakah yang berjaya memenangi cabaran fizikal dan memegang watak utama pada episod kali ini ?