Misi Baharu Kapten Harris Alif dan Lapan Wira Z

  • September 17, 2022
  • 2 min read
Misi Baharu Kapten Harris Alif dan Lapan Wira Z

Petaling Jaya, 15 September 2022 – Program realiti kanak-kanak TV3, Generasi Z kembali dengan.musim baharu bersama-sama dengan Kapten Harris Alif dan lapan Wira Z bermula 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 7.00 malam hingga 8.00 malam selama 10 episod di TV3 dan juga strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.


Generasi Z menampilkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin selaku Penaja Eksklusif. Diterbitkan oleh Sky Pictures dan mengekalkan Harris Alif sebagai hos, program ini menampilkan lapan Wira Z yang berumur dari 11 hingga 13 tahun yang diuji kecerdasan minda, kecergasan fizikal dan juga kekentalan jiwa dalam menyelesaikan pelbagai cabaran dan ujian yang mempunyai tema berbeza pada setiap episod.


Sesi uji bakat musim kedua menerima sambutan hebat dimana lebih 800 penyertaan secara atas talian telah berdaftar. Hanya lapan peserta terbaik terpilih sebagai Wira Z. Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, “Generasi Z menyaksikan kolaborasi kedua TV3 bersama dengan Scott’s dalam mengetengahkan program realiti kanak-kanak yang dapat membina jati diri, memupuk semangat setiakawan dan sikap tanggungjawab dalam pelbagai cabaran yang
diberikan.

Ia merupakan persaingan sihat antara lapan peserta yang bergelar Wira Z dan saya pasti
pengalaman ini dapat memberikan impak positif dan mendedahkan cabaran hidup kepada kalangan peserta yang juga merupakan tonggak negara kita.”

Lapan Wira Z yang akan bersaing di bawah pimpinan hos program, Harris Alif sebagai ‘Kapten’ ialah

  1. Nur Damia, 12 tahun, Seremban, Negeri Sembilan
  2. Muhammad Anas, 13 tahun, Kuala Lumpur
  3. Ain Insyirah, 12 tahun, Pulau Pinang
  4. Muhammad Rayyan Ariq, 13 tahun, Sungai Buloh
  5. Ayu Raudah, 13 tahun, Bangi
  6. Hadif Rayyan, 13 tahun, Klang
  7. Sofea Raisah, 12 tahun, Putrajaya
  8. Muhammad Akid Khalish, 12 tahun, Kuala Lumpur.

Generasi Z musim kedua bermula dengan sesi kenal suai dalam aktiviti perkhemahan selama 2 hari 1 malam di Gopeng, Perak.

Setiap episod akan memaparkan cabaran fizikal dan mental yang mempunyai tema berbeza seperti Mango Race, Zoo Ranger, Kampung Life, Army Training, Treasure Hunt serta pelbagai aktiviti yang mencabar.


Generasi Z Musim Kedua dibawakan khas oleh Scott’s Gummies dengan Multivitamin selaku Penaja.Eksklusif, bersiaran di TV3 bermula 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 7.00 malam. Gunakan

GenerasiZ #scottsmvmmango #ScottsMy untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti
laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *