DATUK BANDAR KUALA LUMPUR RAIKAN MANTAN PEGAWAI KANAN DBKL
YBhg Datuk Sr. Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur
telah meluangkan masa meraikan bekas pegawai kanan Dewan Bandraya
Kuala Lumpur di Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pegawai Kanan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (PERKASA) yang telah diadakan pada 21 Februari
2024 bertempat di Hotel Impiana, Kuala Lumpur.
Majlis makan malam ini juga
diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Wilayah Persekutuan
ke -50.
Majlis ini menghimpunkan para pesara dari kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terdiri daripada mantan-mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu iaitu YBhg. Tan Sri Kamaruzzaman bin Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-5, YBhg. Dato’ Seri
Ab Hakim bin Borhan, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 8, YBhg. Tan Sri Ahmad
Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 9, YBhg. Tan Sri Ahmad Phesal
bin Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 10, YBhg. Tan Sri Mhd Amin Nordin
bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 11, YBhg. Datuk Seri Nor Hisham
bin A Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 12 dan YBhg. Datuk Seri Hj.
Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke -13 manakala bagi
YBhg. Tan Sri Lokman bin Yusof, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama,
YBhg. Tan Sri Yaacob bin Abdul Latif, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-2 dan
YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-4 telah waris mereka. Turut hadir pada malam tersebut adalah Ketua Pengarah,
Timbalan Ketua Kengarah, Pengarah Eksekutif dan Pegawai Kanan DBKL.
Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam ucapannya menyatakan rasa terharu
beliau kerana majlis ini dapat menghimpunkan ramai insan – insan istimewa yang beliau kenali dan merupakan mereka yang berada di belakang tabir
dalam mencorakkan pembangunan fizikal dan sosial bandar raya Kuala Lumpur.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua tetamu yang diraikan
di atas segala jasa bakti yang telah disumbang dalam membentuk Kuala
Lumpur dari sebuah bandar utama menjadi ibu negara, Wilayah Persekutuan
dan seterusnya sebagai sebagai wilayah konurbasi yang setanding dengan
bandar raya-bandar raya utama di dunia.
“Diharapkan menerusi program seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara PERKASA dan DBKL. Saya sentiasa terbuka dalam menerima sebarang cadangan dan pandangan daripada hadirin sekalian
bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan DBKL kepada warga
kota.” ujar beliau.
Pada majlis yang sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada semua mantan serta waris kepada mantan Datuk Bandar yang hadir. Kesemua 170 orang tetamu telah dihiburkan
dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan dari Kumpulan Kebudayaan DBKL.