PELANJUTAN TEMPOH PENGEMUKAAN PANDANGANDRAF PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR 2040 (PTKL 2040)

  • February 29, 2024
  • 2 min read
PELANJUTAN TEMPOH PENGEMUKAAN PANDANGANDRAF PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR 2040 (PTKL 2040)

Draf PTKL 2040 yang telah diluncurkan pada 30 Januari 2024 di Institut Latihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini telah menghampiri tempoh akhir penglibatan awam di mana ianya dijadualkan tamat pada 1 Mac 2024.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke arah memastikan penglibatan semua pihak dalam memahami kandungan Draf PTKL 2040 yang akan mencorakkan pembangunan Kuala Lumpur sehingga 2040.

Sebahagian dari usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti sesi
pameran berkaitan PTKL 2040 di Menara DBKL 1 dan Menara DBKL 3. Selain itu
turut diadakan pameran bergerak mengikut kawasan Parlimen Kuala Lumpur.

Lokasi-lokasi yang terlibat bagi sesi pameran bergerak adalah seperti di Aeon
Metro Prima Kepong, Perpustakaan TTDI, Perpustakaan Lembah Pantai, Lotus
Selayang, Lotus Kepong, Aeon Taman Maluri, Aeon Wangsa Maju, UTC Keramat, Cheras Sentral, Aeon AU2, Berjaya Times Square dan Pavillion Bukit Jalil serta turut dihadiri oleh 500 orang.

DBKL juga turut mengadakan 13 Sesi Taklimat Pemahaman di Tingkat 30
Menara DBKL 1 bermula 6 Februari sehingga 1 Mac 2024 yang telah dihadiri
hampir 250 orang terdiri dari wakil persatuan penduduk, ahli akademik, agensi kerajaan persekutuan, badan-badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO) serta turut melibatkan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur.

DBKL turut giat melakukan hebahan di pelbagai platform seperti memaparkan
maklumat mengenai Draf PTKL 2040 seperti di media sosial dan papan iklan
digital di jalan-jalan utama, papan iklan digital Prasarana, MRT dan KTM serta
iklan TV dan radio.
Sesi temu bual di radio dan TV juga telah diadakan bagi memberi penerangan
Draf PTKL 2040 dan peranan semua pihak. Beberapa siri Flyers juga telah
diedarkan di pejabat Cawangan DBKL, pusat komuniti dan perpustakaan
awam bagi memastikan semua pihak sedar akan keperluan memberikan
input terhadap Draf PTKL2040.
Mengambil kira akan kompleksiti Draf PTKL2040 yang disediakan, dimaklumkan
bahawa tempoh mengemukakan Pandangan Draf PTKL2040 dilanjutkan
selama sebulan bermula 2 Mac sehingga 1 April 2024. Sepanjang tempoh ini,
orang awam boleh terus menghadiri sesi pameran Draf PTKL2040 di Menara
DBKL 1 serta mengemukakan permohonan sekiranya terdapat keperluan
untuk mengadakan sesi taklimat atau penjelasan di sesuatu lokasi yang
tertentu.
Warga kota dialu-alukan mengemukakan pandangan, cadangan dan idea
yang agar visi pelan pembangunan Kuala Lumpur iaitu Bandar untuk Semua
ini dapat direalisasikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *